Sunday, January 12, 2014

capaian dan matlamat


Apa definisi impian?ataupun cita-cita?lain orang lain suasana lain tempat makin lain definisi dia.Kalau ditanya pada aku sendiri mungkin berbeza dengan jawapan orang lain.Impian sesuatu yang kita nak dan seboleh mungkin kita akan lakukan apa saja untuk merealisasikan impian tu.Kecik ke besar ke impian kita tu harganya hanya kita yang tahu,value dalam setiap impian kita.

Sejak kaki melangkah masuk institusi pengajian di Malaysia,macam-macam cuba difikirkan.Saat kali pertama kaki melangkah masuk perkarangan kolej X hati terdetik untuk kesekian kalinya.Untuk apa aku kat sini?apa matlamat aku?apa yang aku nak sangat?.Walau bertahun hidup dalam dunia mencari ilmu hari-hari niat diatajdid supaya tidak dikata belajar kerana sijil atau sekadar melepas batuk ditangga,orang ada kita pun sibuk nak benda yang sama.

Melalui hari-hari ditanah X menjadikan aku bagai orang asing walhal tanah M lagi asing kalau nak diikutkan sebab bukan tanah tumpah sendiri.Hari-hari terakhir sebelum melangkah ke tanah X,mak bertanya sebab dia nampak aku macam orang yang sangat rindu gila dengan tanah M.Memang aku rindu,tahap mana rindu aku hanya Allah yang tahu betapa aku rasa macam satu kehilangan yang mampu menitiskan airmata.Aku umpama kehilangan negeri sendiri,walhal ia sekadar bumi tumpangan yang hakikatnya kita semua menumpang dibumi Allah.Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat melakar kenangan,suka duka jerit perih.

Di tanah X aku belajar banyak erti,persekitaran yang berbeza,masyarakat yang berbeza,cara pandang dan sudut fikir yang berbeza tapi cuma satu aku kena jadi manusia yang sama sepertimana aku berada dibumi M.Aku seolah berzikir tentang bumi M.Akal jahat sering jugak bertandang,aku nak jadi manusia yang sendiri-sendiri yang tak payah nak kisah dengan apa orang cakap sebab makin aku kisahkan makin aku sakit kepala yang bilamana makin aku kisah aku jadi geram sendiri.Sering jugak aku bersoal jawab sendiri adakah aku seorang manusia yang tak bersyukur dan tak redha?aku khilaf banyak hal dalam pencarian menjadi seorang muslim dalam ertikata lain a truly muslim.

Banyak benda yang aku nak dalam hidup,walaupun yang kecik-kecik dari segi material yang aku nak semuanya tercapai tapi yang utama masih jauh melepasi garisan atmosfera.Hampir saja aku nak quit kalau ikut bicara hati,kalau aku nk kejar duit aku quit study then kerja kumpul duit banyak-banyak tak payah sakit kepala nak fikir pasal study tapi akal kewarasan menidakkan sebab itu bukan matlamat utama.Tapi aku rasa makin besar periuk makin besar keraknya jadi kiranya kita takkan pernah puas andai harta yang kita ada setinggi gunung sekalipun.Atau lebih senang duduk saja kat rumah berkebun dengan mak dan ayah,tapi itu jugak jauh daripada cita-cita dan matlamat asal.

Sekarang sudut pandang kemahuan dan kehendak aku jadi berbeza mungkin bersebab kematangan usia yang telah merubah atau mungkin jugak environment yang ada.Aku nak jadi seorang hamba yang Allah redha dalam apa saja perlakuan,nak jadi seorang anak yang solehah untuk kedua ibubapa,nak jadi seorang penuntut ilmu yang benar-benar ikhlas dengan apa yang dipelajari,seorang pencari ilmu yang hatinya sentiasa Lillahi Ta’ala.Bukan dikata hanya mengejar sijil,harta,darjat dan pangkat semata.Andai takdir aku menjadi seorang penganggur aku nak jadi seorang penganggur yang intelektual,yang luas ilmunya,yang tidak sempit pemikirannya.

Di tanah X aku belajar tentang NLP,salah satu isinya adalah apa tindakan yang paling dekat dan mudah boleh kita buat untuk kita capai matlamat atau impian kita.Aku nak jadi seorang muslim sejati,seorang hamba yang berbakti,seorang anak yang sering mengerti,seorang khalifah yang menghayati.Akhir kalam tepuk dada tanya hati(hati yang waras dengan adanya iman)apa yang kita nak dalam hidup,nak four flat ke?nak kekayaan melimpah ruah ke?nak isteri yang cantik atau suami yang hensem ke?atau keberkatan dalam mengejar sebuah impian.

#Ujian bukan saja datang dalam keadaan susah dan menyakitkan boleh jadi kekayaan,kesenangan dan kelapangan jugak ujian.Beringat dalam banyak hal.

Ada tangis disebalik kehilangan
Ada rindu disebalik berjauhan
Diantara jarak itu ada garisan
Garisan pemisah antara aku dan Kamu
Di tengah garisan itu
Aku belajar meneguk hikmah
Pahitnya makin hilang
Manisnya dalam pertimbangan.


No comments:

Post a Comment