Ruangan lepas saya bercakap soal hati,give and take yang basically pasal kehidupan.Kehidupan yang kadang-kadang kita tak pernah fikir pun akan jadi smooth perjalanannya dan kadang-kadang kita tak jangka ia sesusah benda yang kita nak hadapi.
Apa adanya saya bukan untuk dipuji atau disanjung tapi kalau
ada sedikit ayat penghargaan saya hargai moga ianya menjadi satu doa untuk saya
dan ia tersebar untuk orang ambik sebagai benda kebaikan.Contohi apa saja
kebaikan yang ada dan bukan keburukan yang ada pada saya diambik kira.Saya
terbuka andai ada teguran kerana itu jalan untuk saya menjadi seorang yang
lebih baik.
Ruang lingkup kehidupan saya sama macam orang lain nakkan
entertainment,kehidupan yang bebas tanpa sekatan,kadang-kadang melenting jugak
bila kena marah,rasa berbuku bila diberi teguran,nak bergaya,nak melawa macam
orang lain,nak itu dan ini.Pendek kata semua yang seorang remaja inginkan yess
saya nak jadi macam mereka.Keinginan itu sentiasa merengek berkehendakkan
macam-macam yang nampak logik di akal tapi hakikat dan realitinya ia
salah.Bukan saya yang menyalahkan apa yang semua orang kata betul,tidak sama
sekali tapi ia hukum Tuhan.Hukum yang kalau sekali imbas nampak susah tapi
percaya la sebab Islam itu mudah.Ia datang bukan untuk menyusahkan.
“Eh tak sangka la awak tahu benda tu,Eh sempoi jugak awak
ni”
Ayat yang selalu menembus masuk gegendang
telinga,kadang-kadang saya speechless samada nak rasa suka atau serba
salah.Kalau dari sudut positifnya,saya rasa tak salah sebab saya nak
menghidupkan keadaan.Nak membina situasi dimana “aku boleh jadi kau dan kau
boleh jadi aku”.Nah simple kan,nak dia masuk dalam suasana kita,kita kena
masuk dalam suasana dia bukannya kita nak menyimpang tapi kita mencuba untuk
berda’wah.Dan kalau dari sisi negatifnya saya rasa serba salah sebab macam tak
kena dengan jiwa,terasa jiwa tersumbat dek instrument yang bergema berbagai
irama.
Ramai yang selalu beranggapan apabila bertutup
litup,berjubah,bertudung labuh dianggap tidak universal.Orang beranggapan
golongan ini seratus peratus meninggalkan ‘dunia kini’,tak tahu berfesyen,tak
tahu teknologi.Saya mungkin tak melayan lagu hit the light selena gomez
atau mungkin I just wanna feel this moment pitbull Vs Christina Augulera atau
mungkin jugak im glad you came dendangan the wanted dan banyak
lagi la kalau nak disebut.Sekali pandang orang akan judge ‘ni mesti stok yang
nyanyi lagu sepohon kayu saujana,iman mutiara raihan atau mungkin
pelita hidup dendangan hijjaz.Senang cakap saya cuba nak membina
keadaan supaya kita boleh jadi kawan walaupun kita tak sama keadaan,walaupun
kita tak sama gaya selagi ia tak membataskan syariat saya nak follow the
flow.Like I told above,saya ni sama jugak macam orang lain tak semuanya betul
dan kadang-kadang kesilapan sentiasa ada.
In the end of the day ianya gagal sebab saya terpaksa
tiggalkan situasi itu.Bukan saya tak cuba Cuma mungkin tak nak nampak benda tu
memaksa.Bukan saya merelakan bila banyak benda yang tak kena,sedih sebab saya
tak mampu dan terpaksa meninggalkan saat ianya tak menampakkan hasil.
Wrong is wrong if
everyone is doing it and right is right if only you are doing it.
Satu perkara yang paling besar dan sukar untuk kita
mentransformasi diri adalah sebab fikir apa orang kata.”nanti kalau macam ni
orang akan cakap macam tu,kalau buat tu nanti orang mengejek,nanti kalau buat
ni dah boleh buat benda tu”.Betullah hidayah tu takkan datang walau sebanyak
mana kita mengetuk tapi setidaknya its better than nothing.Sekurangnya ada
sense kat situ untuk terus menjejak hidayah.Kalau hidayah tu ada jual di tepi
jalan saya nak je bagi free dekat semua orang supaya kita boleh rasa ruh yang
sama,supaya mentaliti kita sama.Tak mengapa kalau kita rasa banyak benda yang
kita tak tahu,banyak benda yang kita kurang sebab fitrahnya kita bermula dari
zero.kita sama-sama cari sebab kita hamba yang bersifat lemah dan kekurangan.
Satu atau dua
pilih aku atau DIA yang engaku suka
Satu atau dua
pilih aku atau Dia yang engkau cinta
Satu atau dua
pilih aku atau DIA aku tak tahu
By hook or by
crook,no matter what choose Allah !
Saya bukan
siapa-siapa
Saya hanya manusia
biasa
Yang menegur
kerana yang Esa
Agar sama-sama
berpimpin tangan ke syurga
#cerita lapuk
22 disember 2013
~KUIN~
No comments:
Post a Comment