Monday, October 21, 2013

#cerita

Bismillah..


Alhamdulillah dah lama jari jemari tak menari,bukan tak ada idea dan bukan jugak tak ada cerita tapi masa,ruang dan peluang yang tak ada.Sebulan menjalani kehidupan yang tak cukup tanah untuk dijejak.Hari-hari yang dilalui kosong tanpa sebarang input ataupun info,langkah  yang terkejar hanya satu untuk kerja.Tak sempat nak menyapa matahari,habis waktu kerja bulan pulak yang menyapa.Kehidupan seharian yang tak ada life,pergi  pagi balik malam dan dua belas jam waktu berdiri yang non stop terasa kekejangan kaki yang teramat.Hari pertama bekerja terasa macam nak quit nak surrender nak lari nak menangis nak balik.Setiap saat berdoa dalam hati mintak waktu itu terbunuh,bunyi pun dah ngeri.Tapi digagahkan jugak hati sebab itu jalan yang saya pilih so go through,Allah kan ada.Takdir telah mencampakkan jasad dan seluruh tenaga dekat situ jadi nak tak nak bertahan.

Dalam kepayahan bertahan ada jugak terselit kenangan,hikmah dan ibrah.itulah lapangan sebuah ujian,takkan kita dibiarkan mengaku beriman selagi kita tak diuji jadi inilah ujian.Datang dalam keadaan yang tak diminta,dalam keadaan tak bersyarat dan dalam keadaan yang tak ber’hint’.Terlalu banyak diri ini terdidik dari segi bermasyarakat dan communication skills.Dan life lesson yang paling bermakna macamana nak meletakkan hati orang lain dan hati kita menjadi priority.Hati orang lain yang pertama dan hati kita bukan yang kedua,word easy than act dan itulah yang kita kena cuba fight.Banyak yang saya dapat selama sebulan bersama WC,orang tak sama macam kita dan kita tak sama macam orang.Nak keep balancing bukan mudah sebab ujian Allah akan datang dari kanan kiri depan dan belakang.Berjalan di tengah alam melawan arus memang kaki terasa berat,kadang-kadang risau takut diri tak mampu bertahan dan melawan tapi yakin Allah bagi sebab Dia tahu kita mampu.


Dalam banyak-banyak hal satu benda yang saya belajar dan akan cuba baiki tentang give and take.Ramai orang mempersoalkan pasal benda yang kita kena bagi,apa yang orang nak dari kita yang kita kena bagi,kadang-kadang all out nak dari kita tapi ramai jugak yang tak sedar dalam sebanyak-banyak benda yang diterima kita jugak kena belajar memberi.Sebab tu la wujudnya pepatah give and take.Tak kisah la dalam bentuk apa yang  harus kita bagi dan terima,samada wang ringgit,tenaga,harta,kasih sayang,masa,toleransi dan banyak benda lagi la yang kalau kita nak terjemahkan satu-satu tak akan habis sebab banyak benda yang kita rasa tak puas hati dengan orang tapi tak ke sebenarnya kita yang membuka jalan itu,kita yang berkira dalam memberi jadi tak ke orang jugak akan jadi berkira dengan kita.Macam selalu Dr Muhaya sebut audit diri sendiri macamana nak melihat diri dengan mata hati ,menjadi orang yang lebih baik hari ini dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.Bukan dengan hanya menuding jari menyalahkan siapa yang lebih hebat,siapa yang lebih tinggi pangkat dan darjat dan siapa yang lebih kaya sekalipun ingat satu hal yang kita takkan selamanya sentiasa berada di atas.

Erti hidup pada memberi
~ust Pahrol~
Satu perkara lagi tentang hidayah,ye ianya milik Allah tapi kita sebagai manusia kena mencari.Hidayah takkan datang dengan berpeluk diri ,kalau hari ni kita dapat jangan sia-siakan sebab tak tahu lagi esok ia masih dengan kita atau pun tak.Sungguh Allah lah yang membolak balikkan hati kita,Dia yang membuat kita jadi baik dengan sebab hidayah dan Dia jugak yang mampu menarik hidayah andai kita tak pegang erat melawan.Apa kaitan dengan cerita kerja saya,bagi saya terlalu banyak kaitannya.Tak perlu dikongsi dan dicerita.

Kalau nak dibandingkan dalam banyak-banyak lapangan kerja yang saya pernah masuk,bidang yang kali ni lebih terasa cabarannya.Sikit pun tak rasa nak menyalahkan siapa-siapa,sebab hikmah yang datang lagi bermakna dari rasa menyesal yang ada so then I’m quit dan kembali mengira detik waktu yang berjalan.Betul la orang cakap hasil titik peluh sendiri lagi tinggi nilainya walaupun gaji bukanlah puluhan ribu.

Bagi saya sendiri perkara yang terpenting walau dimana saja kita berdiri dan berjalan be yourself,sebab bukan pandangan manusia yang kita kena ambik kira dan utamakan tapi pandangan Allah.Bisikkan pada hati inilah jalan yang akan bawak kita ke syurga,jalan yang akan bawak kita rasa kemanisan dan indahnya beriman hanya kerana Allah.


No comments:

Post a Comment