Thursday, July 25, 2013

Ramadhan 1434

Bismillah

Kalau tahun lepas kita berdoa semoga dipertemukan dengan ramadhan yang akan datang,tahun ni buktinya kita sedang berada dalam medan tarbiah ramadhan.Dah cukup ke kita menghayati ramadhan,apa yang dah kita buat dalam fasa ramdhan ni.Awal ramadhan telah berlalu satu fasa dan sekarang kita sedang berada ditengahnya.Apa lagi kejar lailatulqadar la,berada di tanah melayu ruh ramadhannya sangat lain mungkin pada juadahnya,dan mungkin jugak bab ibadahnya.

Dua tahun berturut-turut ramadhan di tanah melayu,kali pertama bermusafir jauh dalam ramadhan.Saat bermusafir teringat kisah contengan jalanan.Kisah perang badar yang berperang di tengah bulan ramadhan tapi masih boleh bertahan berpuasa.Tapi kisah aku,tak secantik dan semanis contengan jalanan,pancit di tengah jalan dalam keadaan kondisi badan yang tak sihat.

Awal ramadhan jugak,mengharung panas mencari Anthem.Tiga hari menghayati Anthem,hlovate tak pernah mengecewakan dan aku sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan setiap watak yang dibawa.Satu kata tentang itu aku rasa tersangat kerdil,sejauh mana aku menanggung syahadah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.Kita islam tapi adakah kita muslim,kita pegang kata nama Islam tapi adakah kita mengerjakan kata kerja islam,sebab"Islam" dengan "islam" bagai langit dan bumi bezanya.Diulang dan dihighlight setiap kata yang bermanfaat.Fake it till you make it.Teramat rasa kerdil bila aku salah seorang yang telah siap berada dalam lapangan ini tanpa perlu susah payah mencari.Orang kata,kita lagi menghargai kalau sesuatu benda tu kita payah nak dapat.Maybe betul la tu apa yang orang teorikan.

Awal ramadhan jugak,aku belajar mencari titik untuk tidak menjadi seorang judgemental.Tapi kalau berlaku jugak,itu khilaf yang sedang dilawan walhal kita sebenarnya dari dulu memang kena tanam siap-siap dalam diri.Tak pe,kita tak terus berlari tapi bermula dengan bertatih.

And again awal ramadhan,aku cuba dan terus mencuba nak jadi seorang manusia yang penyabar.Setiap hari meter sabar hampir nak cecah zero,tapi kadang-kadang gagal and in the end aku menyesal.Sesalan yang menambah pakej iaitu dosa.Tapi aku masih ada doa sebagai senjata.

Apapun tak kira dimana saja titik untuk kita berubah menjadi baik,teruskan dan kekalkan.

"Manusia deberi pilihan,samada yang membawa kepada Tuhan atau sebaliknya dan sebagai seorang melayu yang muslim pilihlah jalan yang membawa kepada Tuhan,walau ianya berduri dan bersimpang disitulah adanya titik ketenangan"

~ trust Allah's there ~

16 Ramadhan 1434




4 comments:

  1. argghhh...dah review Anthem????
    awk beli kat mana? k.yana cari satu kb x de..last2 beli online dgn Jemari Seni..
    ada contengan jalanan ke tu? Nak pinjam
    k.yana ada Aa & Bb..dtglh kedai

    ReplyDelete
  2. Huhu...semangat blk dari mesir cari anthem dkt popular kb mall...contengan jalanan xde baca pn pnjm je ari tu..aa bb tu dh baca

    ReplyDelete
  3. Huhu...semangat blk dari mesir cari anthem dkt popular kb mall...contengan jalanan xde baca pn pnjm je ari tu..aa bb tu dh baca

    ReplyDelete
  4. haii... nice blog.. i'm a new reader for this blog.. salam kenal.. hehe

    ReplyDelete