Bismillah & assalamualaikum
Ada orang tanya saya kenapa saya masih lagi bertahan dalam lingkungan yang sebegitu,entah..saya pun tak ada jawapan,macam-macam tapi saya still boleh go through masih boleh senyum lebar-lebar.
takkan kalu orang buat kita,kita nak balas benda yang sama.Memang agak nampak tak fair dekat situ tapi takpe Allah kan ada,benda-benda baik yang kita buat tu salah satu aset untuk kita sebenarnya.Dalam keadaan luar sedar kita dah berjaya kumpul pahala.
Ujian bertalu-talu datang tanpa diundang,itu tanda Allah kasih.Tak perasan?memang kita takkan perasan sebelum datangnya hikmah selepas ujian.Demam bertandang selepas lama tak menyapa jasad,agaknya sebab terlampau banyak dosa.
Bertahan dan cuba bertahan,dengan keadaan mesir yang menyayat hati.Sayu sebab inilah negara kami selepas malaysia,negara yang rata-rata penduduknya islam.Negara yang bermati-matian mempertahankan haknya dari diceroboh,mempertahankan pemimpin yang betul-betul telus.Untuk soalan kenapa kami tidak turut serta,mungkin kami belum dicampak kekuatan untuk sama-sama berjuang dengan mereka tapi kami memberi kalungan doa.Moga antara banyak-banyak doa yang kami pohon salah satunya terangkat dan dimakbulkan.
Beberapa hari yang berbaki terasa sayang nak tinggalkan,boleh diumpamakan seperti melarikan diri.Kalau boleh nak merasa lagi cabaran disaat-saat getir mesir berevolusi tapi apakan daya kita merancang tapi Dia sebaik-baik perancang.
Angin subuh hari ini membawa khabar duka kepada seluruh warga mesir yang menginginkan islam itu tertegak.Pelbagai panggilan dan tohmahan yang menyakitkan.Moga rakyatnya terus sabar bersama ujian yang silih berganti kerana kasih sayang Allah itu terlalu dekat dengan mereka.
"Sungguh mereka (orang kafir) merencanakan tipu daya yang jahat, dan Aku pun membuat rencana yang jitu. Kerana itu berilah penangguhan kepada orang-orang kafir. Berilah mereka kesempatan untuk sementara waktu."
at-Thoriq, 86:15-17
#tak semua orang boleh nak telan realiti macam makan nasi.Bertahan dan terus bertahan,jalani dengan sabar dan solat dan yang paling terpenting DOA
No comments:
Post a Comment