Ramai diantara kita pasti ada yang minat membaca,tak kisah la apa saja medium yang digunakan untuk membaca.Apa saja jenis fiksyen buku yang dipilih bukan soalnya yang penting minat membaca itu ada.Yang paling common dan yang paling menarik minat rasanya adalah novel,mungkin ada jugak yang segelintir tak minat nak menghadap tiap patah perkataan yang beratus muka surat yang in the end tak ada apa-apa yang boleh dicedok dari bahan yang dibaca.Bahan yang berbentuk ilmiah kadang-kadang kita tak suka sangat nak tilik satu-satu dek terlalu banyak input atau fakta yang nak kena hadam dan difaham.Bukan senang la sebenarnya kita boleh tertarik dengan satu-satu buku tu,mungkin sebab penulis atau mungkin jugak sebab bunga ayat yang digunakan dapat menarik minat kita sebagai seorang yang membaca.
Tak tahu kenapa sejak mengenali satu nama penulis ni saya jadi tertarik.Jujurnya dulu saya tak berapa nak minat sangat sebab bila dengar nama ala-ala orang putih memang tak berani la nak ambik tahu sebabnya vocabulary in english is too low.So tak berapa nak ambik tahu sangat la,kalau layan novel pun sekadar novel dalam bahasa melayu,nama penulis tu dibiarkan sepi bak angin lalu.
Masuk zaman universiti ni,ada jugak lagi terdengar satu nama penulis ni.Orang cakap dia ni misteri,kenapa dia boleh jadi misteri tu tak pasti mungkin sebab dia tak pernah memunculkan diri.Nak dijadikan cerita,ada terpinjam satu buku karya hlovate,tilik punya tilik rupanya in malay so agak excited la sebab memang kaki baca novel.Memang kaki baca je sebab nak jadi kaki kumpul novel tak kesampaian.Fisrt time baca sangat jatuh cinta dengan jalan cerita,susunan ayat yang digunakan.Senang cakap banyak input la dalam karya hlovate.Nak kata novel islamik pun bukan sebab still ada penggayaan yang sekular,nak kata sekular sangat pun bukan sebab still ada unsur-unsur islamik.
Honestly dulu saya baca novel untuk suka-suka mungkin la,sekadar minat dan hobi tapi bila baca karya hlovate sangat tersentuh.Cerita yang boleh dikatakan sangat memberi motivasi,memberi harapan,memberi cinta.Jalan ceritanya lengkap bak kalau kita makan nasi kita akan dapat satu set.
Salah satu buku yang sangat memberi kesan,terasa terconteng jiwa ni sebab mungkin saya sendiri berada di landasan agama jadi bila penerapan lebih mendalam tehadap agama itu sendiri tidak dibaja dan dipraktikkan sangat terkesan dijiwa.Betul la orang cakap,kadang-kadang orang baru mendapat hidayah tu lebih baik dari kita yang memang ahli dalam bidang tu.Kecewa dengan diri sendiri jugak,orang lain yang sekular lebih baik dari kita yang memang terang nyata menelusuri cabang agama ini sendiri.
"The man who decided to change on the 12th hour dies on 11th" terasa beregetar jugak la jiwa ni,memang mengena sebijik atas dahi sendiri.Memang lumrah manusia sering melengah-lengah untuk berubah mengejar ke arah yang lebih baik walhal dalam kita sedar atau tidak masa itu sedang membunuh kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedar.Kita sering bernasib baik sebab we are still alive for the 12th hour,but what say if we died on 11th betapa ruginya.Nak memaknakan hidup bukan satu yang mudah dan senang tambah lagi nak hidup dalam keadaan bersyariat,orang akan cakap kita kuno ketinggalan zaman.Kita mungkin tinggalkan zaman tapi kita tak tinggalkan syariat bersama zaman yang kita tinggalkan,kita still kena bawak sampai kenafas yang terakhir.
Bersyukur untuk nikmat masa yang Allah beri,bagi orang yang sungguh-sungguh memanfaatkan masa dua saat pun terasa rugi.Tetiba rasa diri ni sangat rugi,alangkah sia-sia jika diri ini pergi on 11th hour sedangkan kita tak boleh menunggu.Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
"Kemudian,sesungguhnya Tuhanmu(mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya,kemudian mereka bertaubat ssudah itu dan memperbaiki (dirinya),sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" an-Nahl 119
Tak pernah ada kesempatan nak baca lagi..blh msk dlm wish lish akk ni!
ReplyDeletehehe..sekarang dh hbs exam mmg tengah addict ngn buku hlovate
ReplyDeletesubhanallah memang bnyk pengajran la walaupun ianya 'novel' :)
akk dah baca sikit anthem..mmg addicted jugaklah..sbb bnyk jgk theme..character dlm citer tu sama mcm zmn2 sklh k.yana..jom kita baca sumer novel2 dia!
ReplyDeleteye..hahaha,ni dah hmpir kesemua novel dia pinjam ngan kawan..anthem tu xbaca lagi..bercinta gak la nk hbskan sbb xdan,blk mesia nk p cari yg latest plk :D
ReplyDelete