Wednesday, November 7, 2012

ketulusan cintaMu







Kenapa bila cinta Allah yang aku dambakan berbaris cinta insan yang muncul,hati bermonolog lagi untuk kesekian kalinya.Airmata mengalir nipis membasahi pipi mulus itu,menahan tidak menyeka pun tidak.Berkali diusir namun ianya tetap degil,inilah fitrahnya insan berdosa..menahan gelodak rasa dengan hanya sebuah kesalan,cerita lalu terukir di balik tabir kenangan sebelum satu suara datang menyapa.

“Imani ! apa yang dimenungkan tu??”

“tak ada apa la kak,membayangkan masa depan je..”
jawab aku berserta segaris senyum,tahu sangat akan perangai kak siti selagi soalan tidak berjawab selagi itu akan digasak dengan beribu pertanyaan.Jujurnya aku tak mampu lagi untuk berkongsi rasa ini,mungkin belum masanya atau aku perlu berbicara dengan Dia sebelum aku mencari hamba.

“Dah la,tak payah nak difikir benda yang kunjung tiba lagi..jom la ! kan kita nak ke cafe ni,nanti lambat pulak balik.”
aku menutun langkah kak siti sambil matanya tak lepas memandang wajah aku.

“ada apa-apa yang tak kena ke kak? ”aku membuka bicara..

“Akak bukan nakkan soalan tapi jawapan”.Imani ada masalah ke,tak habis-habis termenung?takkan dengan akak pun nak segan,kita kan dah kenal lama..akak dah anggap imani macam adik akak sendiri jadi kalau ada apa-apa masalah insyaAllah akak sedia membantu tapi kalau imani rasa belum bersedia nak bercerita tak pe akak faham.”

“Tak ada pape la kak,insyaAllah saya ok..mungkin sebab penat je kot!”Kak siti hanya tersenyum sambil meneruskan langkah.

Usai membeli makanan di cafe kami kembali ke bilik..masing-masing memanjangkan langkah menuju ke bilik air,memandangkan laungan azan maghrib telah lama memanggil manusia untuk sujud kepada yang Satu..

“Imani,nanti tunggu akak ye kita solat Jemaah sama-sama.”
Alhamdulillah..aku tak pernah salah percaturan dalam memilih rakan sebilik,tapi cerita dulu aku sendiri pun tak tahu dimana silapnya..mungkin khilaf sendiri yang terlalu membela nafsu,Allah..syukur aku masih belum hanyut jauh dariMu.Lamunanku sekali lagi hilang disapa kak siti..

“termenung lagi,agaknya dinding bilik kita tembus sampai kebilik sebelah dah..”ucap kak siti dalam gelak tipis sambil memakai telekung dan aku hanya tersenyum memandang,membuka simpuh untuk sama-sama sujud pada sang Pencipta.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fokusku pada pembacaan tiba-tiba hilang,terasa ada sepasang mata yang sedang memerhati..nah,bila ku kalih pandangan firasatku memang tidak menipu.Aku dengan pantas mengalih pandangan daripada bertaut dengan lelaki ajnabi itu,bimbang syaitan akan mengambil tempat..namun,syaitan bijak memainkan peranannya..aku tewas dan hanyut dengan sebuah permainan nafsu.
Nazmi..satu nama yang tak pernah aku kenali,bermula perkenalan di perpustakaan..tidak pernah terduga akhirnya aku akan tewas setelah kian lama menjaga kesucian hati ini.Satu petang yang mengheret aku ke ruang cinta yang bernoda ini.Telinga ku disapa satu suara yang tak ku kenali..

“cik Balqis Imani kan?”aku kalih pandang,macam pernah kulihat tapi ingat-ingat lupa..

“ye saya..ada apa ye?”aku menjawab penuh berhemah.

“ni saya jumpa buku awak dekat meja dalam kuliah,tercicir kot..”jawabnya bersama kuntum senyum,aku menyambut huluran itu dengan balasan terima kasih.

Aku menjangkakan pertemuan bersama Nazmi hanya mati di situ tapi setiap kali kemana-mana pasti akan bertembung dengan insan itu.ye..hatiku tak pernah menyangkal yang dia punyai rupa paras yang menarik,punya ciri seorang lelaki idaman dan mungkin jugak punyai ciri untuk menjadi seorang imam bagi sebuah baitul muslim.Pantasnya masa berjalan seiring dengan waktu,hampir setahun aku menjejakkan kaki ke institusi ilmu ini..yang lebih gahnya institusi ilmu yang bertitlekan islam,aku bangga menjadi salah seorang penghuninya.Dari hari ke hari hubungan aku dengan Nazmi makin rapat,tapi tak pernah kami keluar bersama..hanya sekadar berkongsi cerita dan ilmu yang ada,kalau tidak di laman social pasti akan bertukar text di telefon..tiada yang pelik Cuma memegang status sebagai sahabat.Aku pun tak pasti dengan rentak hati ini,lama kelamaan rentak itu bertukar menjadi lagu.Aku hanyut dengan perasaan sendiri.

“Imani hujung minggu ni kita ada usrah tau,jangan lupa eh..take a note!”roomateku Dila mengingatkan..

“tak pe la Dila,saya tak boleh join kot nanti pape hal awak cakap dekat ketua usrah eh”,Dila tersenyum hambar mendengar jawapan dariku.Itulah natijahnya,aku terlampau hanyut dengan dunia yang aku cipta sendiri.Bagiku diriku sudah cukup terbina dengan sms tazkirah dari nazmi,kalam-kalam tasyji’ dan jugak kata-kata semangat darinya walhal dulu aku yang memegang prinsip matlamat tak menghalalkan cara.Prinsip itu hilang bersama rasa cinta yang bernoda. 

“Imani! ni akak ada belikan buku,ambiklah”.Lamunanku terhenti lagi.

Tepat mengena pada keadaan dan situasi,La Tahzan Jadilah Wanita Paling Bahagia karangan Dr Aidh Al-Qarni.

“Err…terima kasih kak,susah-susah je..nanti saya baca.”jawabku sambil menghadiahkan seulas senyum.

“tak pe…sebagai sahabat seakidah tak kan kita nak biarkan hanya diri kita saja yang bahagia,hanya diri kita yang nak merasa manisnya jalan untuk ke SANA..bukankah hidup ini untuk berkongsi so tak da apa yang akak mampu kongsikan.”aku tersenyum..setiap ulas bicara kak siti memang tidak pernah mengecewakan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hampir setahun aku memegang title couple dengan Nazmi,pada teman-teman tidak ku khabarkan tentang hubungan ini..terus terangnya aku malu ,kalau dulu aku yang bermati-matian menolak cinta yang tidak syar’ie.Kerana nafsu itu lebih tua dari akal,aku tewas!zahirnya aku sempurna pada pandangan insani tapi tidak pada pandangan Ilahi.Zaman diploma aku lewati dengan memperoleh natijah yang hebat.Nah..aku lagi yakin tiada yang mustahil walaupun aku seorang pencinta hamba.Sungguh ceteknya pemikiran aku yang tenggelam dek arus cinta.

Memasuki alam yang lebih mencabar kedewasaan aku merasakan hidup makin kelam,sentiasa ditutupi awan kelabu..cinta yang kurasakan manis satu ketika dahulu makin hilang serinya.Saban hari hati tak lepas dari rasa berdosa walhal akal selalu menidakkan,nafsu tak pernah henti memujuk hati dan akal.Pada Nazmi aku khabarkan untuk tidak berhubungan buat sementara waktu atau lebih tepatnya aku ingin akhiri perhubungan ini,dia seakan tidak memahami malah kemarahannya menjadi hadiah kekesalan yang aku bicarakan.

“awak kenapa,tiba-tiba je berubah?kalau dah ada orang lain cakap je la jangan nak bagi banyak alas an..tak nak itu,tak nak ini..”tutur nazmi.

“susah ke untuk awak memahami jalan yang saya pilih,bukan soal sesiapa tapi betapa malunya saya dengan Dia..perjalanan kita masih jauh,andai ini takdirnya kita harus terima dugaan sebuah cinta..mengetepikan cinta Dia tak akan membawa kita kemana-mana..”aku bersuara setenang mungkin agar air mata ini tidak tumpah hanya untuk seorang lelaki.

Kalam pamitan aku akhiri dengan sebuah menungan yang panjang,mana mungkin untuk aku melupakan dengan hanya sekelip mata perjalanan lalu.Suka atau tidak,rela atau paksa aku harus kuat melangkah.Benarlah,untuk mengahdapi sebuah hakikat yang kita rasakan betul walhal kebenarannya sangat pahit untuk ditelan sangat menguji hati dan keimanan.Aku harus redha melepaskan ia pergi kerana ini bukan cara aku untuk menelusuri jalan ini.

Bermula detik itu aku mengenali kak siti,punyai watak dan bicara yang hebat..aku kira cukup sempurna pada pandangan aku sebagai seorang insan.Dia yang sentiasa menuturkan kalam nasihat saat ujian datang menyapa,tapi belum pernah walau secebis aku menceritakan kisah duka yang lalu..aku belum cukup kuat untuk membuka pekung didada sendiri yang sarat dengan penyesalan.

“dik..hujung minggu ni jom ikut akak ke masjid,ada kuliah agama..nak tak?”sekali lagi berterbangan lamunanku pergi..

“boleh jugak kak,lagipun saya free je hujung minggu ni.”

Aku ternanti-nanti saat hujung minggu itu,rasanya tiada yang istimewa mungkin jugak kerana telah lama aku jauh dariNya.Aku sendiri pun tak pasti kenapa ringan saja langkah ini menuju ke rumah Allah itu tapi satu yang pasti aku merasa tenang saat melangkah masuk..solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat aku dahulukan,usai sujud terakhir air mata ini laju menitis membasahi hijab yang aku sarung.Lama aku berteleku sebelum orang ramai memenuhi ruangan masjid.

Malam harinya lenaku terganggu ,terngianga-ngiang ditelinga akan kata-kata ustaz tadi
“taubat itu sukar tapi tidak bertaubat itu jauh lebih sukar..”sebanyak mana pun dosa seorang hamba,namun keampunan Allah lebih banyak.Allah bukan sahaja mengampunkan dosa bahkan menyayangi orang yang bertaubat,sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat.”al-baqarah ayat 222.

Aku bangkit dari pembaringan,tak sanggup lagi rasanya menahan rasa ini..solat sunat aku tunaikan dengan penuh khusyuk,mengadu padaNya yang Satu..deraian airmata yang menggila tak lagi diendahkan.Usai sujud terakhir,dalam tangis yang makin lebat curahannya aku berdoa dengan penuh pengharapan..

“Ya Allah!telah lama diri ini hanyut,telah lama diri ini jauh dariMU..aku alpa dengan nikmat yang tak henti bertandang..Ya Allah kau peliharalah imanku,peliharalah jiwaku,peliharalah hatiku,andai ini takdirnya..andai ini jalannya jadikanlah aku seorang hamba yang benar-benar yakin akan cintaMu,jadikanlah aku seorang hamba yang benar-benar larut dalam cintaMu melebihi cintaku pada seorang hamba.Ya Allah,jadikanlah ini kisah terakhirku sebelum aku benar-benar menemui cintaku yang mencintaiku tidak lebih dari mencintaiMu..”lama aku berteleku disejadah dengan airmata yang tak henti mencurah…

Aku merasakan ada tangan yang menyentuh bahuku,mataku bertaut pandang dengan kak siti..dia memelukku,dibahunya aku menghamburkan tangis yang selama ini dibiarkan bersarang di tangakai hati..

“menangislah dik,tangisan ini bukan bermakna kita tewas dengan dugaan tapi tangisan ini menandakan kita benar-benar kesal akan kisah lalu..campakkan kesemuanya,biarkan ianya pergi menjauh walau tidak sekaligus kesedihan itu akan hilang tapi percayalah Dia sentiasa ada untukkmu..usah mengejar fatamorgana dunia,tapi kejarlah cinta yang Esa.”kak siti bersuara tenang sambil mengusap lembut bahuku..aku memeluknya erat tanda kasihku sebagai seorang sahabat.
Dan padaku biarlah ianya pergi,jangan ditinggal walau secebis kerana aku yakin dan pasti aku tak kan mampu untuk melawan arusnya untuk kali yang kedua….


coretan :
Cikbulan
nov 2012

No comments:

Post a Comment