Thursday, December 6, 2012

semangat luar biasa seorang ibu


Bismillah dan Alhamdulillah,hampir seminggu kembali berjuang di bumi anbia' ini.Mengatur jejak langkah yang berbaki,hiruk pikuk bandaraya ini makin sebati kembali setelah lama meninggalkan kota ini seketika.Biar la orang-orang atau masyarakat nak kata apa pun,mereka semua boleh bersuara semahunya..tak rugi pun menuntut ilmu ni,so bertabahlah untuk seketika.Nanti kalau saya cakap lebih-lebih soal kesedihan dan kekuatan ni ada pulak yang bunyi.."cikbulan ni memang selalu ada masalah ke","memang tak ada benda lain ke nak dikongsi".Yang pasti dan saya teramat yakin hidup manusia tak kan lepas dengan sebuah masalah even kita menyorok bawah tanah sekalipun masalah akan datang menghimpit.Jangan kita fikir orang yang hidup dalam istana yang mewah tu tak ada masalah.

Berbalik kepada tajuk diatas,dah macam tulis karangan pulak rasanya(sebab dah lama tinggalkan zaman sekolah kadang-kadang rindu),kenapa saya cakap seorang ibu sangat luar biasa semangatnya bukan lagi double bahkan triple and so on la.Jangan tengok contoh yang jauh-jauh,just look our side..our mother,your mother and of course my mother.Kegigihan membesarkan anak-anak tanpa rungutan walau sedikit,pernah ke kita dengar perkataan menyesal melahirkan kita..tak pernah walau sekali,marah-marah pun tetap sayang,pukulan bukan mendera tapi mengajar.Segarang dan setegas mana pun seorang ibu sayangnya tetap ada,kalau tak sayang dia tak kan rela membawa kita kehulu kehilir selama sembilan bulan.Pengalaman melihat kawan-kawan dalam usia muda dah menjadi seorang ibu,tetap dilalui dengan tabah even ada alahan yang teruk tak pernah merungut walau sekali.Kadang-kadang saya terfikir jika diletakkan dalam keadaan yang sedemikian adakah saya mampu.


Ada sorang kakak ni saya sangat kagum dengan dia,walaupun anak dah enam orang tapi tetap maintain,senyum memang tak lekang dari bibir.Waktu mengenali dia anak baru empat sekarang dah enam..muda-muda lagi dah boleh hadapi situasi sesibuk itu,dengan buat kerja outdoor lagi,triple respect la.

Menggalas tanggungjawab seorang ibu and at the same time as a student,bukan satu perkara yang mudah.Banyak benda yang kena mujahadah,berdasarkan apa yang saya lihat di sekeliling.Mereka sangat kuat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan saya ni,pergi kelas bawak perut yang memboyot(kalau anak sulong),kelas tutorial tak pernah tinggal,menguruskan rumahtangga lagi..mungkin kalau di malaysia banyak pihak yang boleh kita harapkan untuk membantu ringankan tugas tapi berbeza suasananya di sini everythings kita buat sendiri.Sebab tu saya kata mereka sangat kuat,melihat si comel bermain sendirian sementara si ibu fokus pada pengajian membuatkan saya terfikir dan kagum.Subhanallah sungguh luar biasa kekuatan Allah kurniakan buat mereka,sedang kita melalui lena yang panjang sebelum hening subuh bertamu.Pahala bukan sedikit saat janin bertamu dalam rahim seorang ibu,sangat teruja dan kagum melihat denyutan nadi a little caliph dalam perut seorang sahabat..kagum dengan kekuasaan Allah,speechless seketika.Jadi,kalian di luar sana yang bergelar seorang ibu atau bakal menjadi ibu anda seorang yang hebat sebenarnya.,kagumlah dengan diri sendiri kerana anda mampu melaluinya hingga ketahap itu.Andai tiada siapa nak hargai kita,Allah sangat menghargai pengorbanan seorang ibu.

  Rasulullah Saw ditanya tentang peranan kedua orang tua. Beliau lalu menjawab, "Mereka adalah (yang menyebabkan) syurgamu atau nerakamu." (HR. Ibnu Majah)

~Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan ~




may Allah bless her untill the end !




~saat entry ditulis,terbayang wajah bonda..(tears)~
a lots of love,cikbulan

6 comments:

  1. wah...mungkin turn cik bulan dah x lama dah kut kan...bakal menyusul in sya Allah

    ReplyDelete
  2. errrr,yeke..but aminnn..hahaha
    honestly sebab entry tu ditulis terfikir besar kan jasa seorang ibu ^^

    ReplyDelete
  3. tak tau nak tulis apa..nak nangis pulak baca..yg penting carilah ilmu sebanyak yg mungkin..kutiplah dimana shj..itulah yg akn tolong kita dlm apa jua yg kita buat esok2..

    ReplyDelete
  4. bila menulis dari hati ^^
    insyaAllah,doakan saya kat sini..air mata pun kadang2 boleh jadi teman jgk..hehe
    *cerita diatas stand untuk kak yana*

    ReplyDelete
  5. tq..
    p/s ada org selalu ckp k.yana suka menulis dr hati..tp dah lama sbnrnya k.yana tak tulis betul2..ayat dah bercampur2...

    ReplyDelete
  6. :D
    dulu xpandai menulis,sejak bila pun xtahu..
    tanpa ilmu dari kak yana dulu mungkin xpandai lagi kot..hehe
    i'm very appreciate it :)

    ReplyDelete