Wednesday, October 24, 2012

harga sebuah keinsafan




Usai subuh,tubuh direbahkan di pembaringan melayan kantuk yang memberat..perlahan jasad kaku  seketika.Ibu…panggilan itu telah lama aku tinggalkan,sejak setahun lalu bibir ini tidak betah lagi memanggil panggilan itu.Ah..memori itu berputar kembali,lantas kornea mata terbuka luas bersama cecair jernih yang mengalir untuk kesekian kalinya.Dunia perlu aku tongkat untuk bisa mencari lambakan mutiara yang ada padanya,tapi bukan untuk aku letakkan dalam hatiku..aku perlu menggenggam dunia yang  bila-bila masa ianya akan terhempas,akan musnah..Ibu,doakan anakmu ini di alam sana agar anakmu lebih tabah dan tidak rebah.


“Qi,aku nak keluar ni..kalau nak makan apa-apa tengok lah kat dapur apa yang ada,petang nanti aku balik.”Pintu bilik diketuk dari luar oleh Fakhri,sahabat yang membawa aku menumpang teduh walau tidak sesempurna mana cukuplah untuk berlindung dari panas dan hujan.


Pintu bilik ku kuak dari dalam..”ye la,kau pun hati-hati bawak motor..kalau boleh kau carikanlah aku kerja,takkan selamanya aku nak menyusahkan kau..”.


“InsyaAllah..nanti la aku cuba tanya dekat tempat kerja aku kalau-kalau ada kerja kosong.”


“Terima kasih Fakh,aku tak tahu macamana nak balas semua jasa baik kau pada aku..” aku sebak dengan kebaikan yang fakh hulurkan padaku.


“Tak de apa la,hari ni hari kau mana tahu esok lusa aku susah kau pulak yang tolong.”Fakh menggenggam erat tanganku bersama pamitan dan senyuman.Dan aku bersendiri lagi…..



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


“Qi,apa kau buat kat sini??” kat sini bukan tempat kau Qi,berubahlah…kembalilah,Tuhan itu sangat penyayang dan pemaaf…”


“Kau jangan nak sibuk sangat masuk campur urusan aku,dan satu lagi jangan cuba nak berlagak alim ngan aku !”


Episod semalam terlakar di minda…Fakhri,insan yang membawa aku keluar dari lembah hina itu.Dia yang kutip aku dalam keadaan mabuk dan tiada pedoman,dia yang pernah aku hina dulu yang memapah aku keluar dari daerah semalam.Ibu,andai  engkau tahu kanvas hidup anakmu tidak lagi seperti dulu..yang penuh dengan lakaran indah ibu mencoraknya,yang penuh dengan warna warni keimanan.Semuanya kerana nafsu dan terlalu mengikut perasaan.Lamunanku disapa dengan alunan azan dimasjid berdekatan.Langkah kaki kubawa menuju kerumah Allah yang telah lama kutinggalkan,sejak bersama Fakhri  dia yang selalu memberi peringatan agar tidak jauh dari Dia.Usai doa diaminkan aku disapa oleh seseorang,sejuk terasa kornea mataku memandang wajahnya..tenang.


“Pakcik tak pernah nampak anak kat sini sebelum ni,baru pindah sini ke?”


“Aah pakcik,saya tinggal dengan Fakhri..nama saya Shauqi,panggil Qi pun tak pe..”jawabku


“Oh..Pakcik Ali..panggil je Pak Ali,Fakhri tu baik budaknya..hujung minggu dia selalu kesini,membersihkan kawasan surau ni..maklumlah hidup di bandar ni semua orang sibuk  nak cari kemewahan dunia hingga terlupa jalan menuju akhirat.”jawab pak Ali telus,agaknya inilah realiti dunia.


“Pakcik mintak diri dulu la ye..assalamualaikum..” Pak Ali hilang dari pandangan.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


“Qi..jom makan,aku ada belikan nasi ni..”ajak Fakhri


“Terima kasih Fakh,terlalu banyak pertolongan kau pada aku..aku malu dengan kau,dulu aku selalu hina kau..selama ni aku silap percaturan dalam hidup aku,aku tewas dengan perasaan aku..aku kalah Fakh,aku hanyut.” mutiara jernih kekesalan merintik perlahan..


“Tak pe Qi,Allah tu suka sangat mendengar rintihan hambaNya..taubat tu payah tapi tak bertaubat jauh lebih payah,hidayah tu milik Allah..bila-bila masa atau sesiapa saja Dia boleh beri dan tarik balik,aku kadang-kadang cemburu bila lihat orang yang dulunya bergelumang maksiat tapi akhirnya Allah lempiaskan hidayah untuknya..betapa dia sentiasa dalam perhatian Allah.Berdoalah,minta apa saja yang kau nak dari Dia InsyaAllah dia takkan menghampakan hamba-hambaNya.


“Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w telah bersabda: “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi perkara dosa,perkara yang memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”Lalu baginda ditanya oleh seseorang : “Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: “Aku telah berdoa,aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)


“Terima kasih Fakh,kaulah sahabat dunia akhirat aku..”


“Dah la..tak payah sedih-sedih,aku sentiasa doakan kau istiqamah di jalanNya..moga kita sentiasa dalam perhatian Allah Qi,agar kita tak jauh dari Dia walau sesaat..hatta kita tidur sekalipun moga kita sentiasa dalam keadaan redhaNya..dah la,jom makan..sejuk pulak lauk ni nanti..” ujar Fakhri


Ibu…Alhamdulillah,anakmu dikurniakan seorang sahabat yang  tidak ternilai bandingannya..moga ibu damai disana.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


“Qi..kau rasa la air ni,sedap weh..kau takkan ingat apa-apa masalah dah lepas ni..nah..” jimmy menghulur segelas air yang pada zahirnya seperti jus epal.


“Aku tak minum air kotor ni..” terngiang-ngiang kata ustazku dulu,setitik air haram itu masuk kedalam jasad manusia amalannya takkan diterima selama empat puluh hari.


“Kau janganlah sombong sangat Qi,nah ambik ni..” bila syaitan pandai merencana agenda untuk menewaskan anak adam,bukankah itu janjinya dulu..aku tewas dengan nafsu jahat yang sentiasa hidup.Berkali-kali air haram itu aku teguk,makin lama hati ini menjadi gelap..tidak beriak bila melakukan maksiat.


Bahuku ditepuk lembut dari belakang..kenangan hitam yang menerjah hilang bersama sapaan Fakhri.


”apa yang kau menungkan tu Qi?”


“Tak de apa la Fakh,aku rindukan ibu..dah lama jiwa ni kosong sejak pemergiannya hinggalah aku bertemu dengan kau,aku tak pernah titipkan doa buatnya..aku tak pernah sedekahkan kebaikanku padanya Fakh,aku terkilan sebab aku lambat tersedar dari apa yang sepatutnya..aku jahil Fakh walhal dulu ajaran ibu terlebih dari cukup.”


“Bersyukurlah Qi,setidak-tidaknya engkau belum terlalu jauh..berdoa la,mintak ampun dari yang Maha pengampun dan Maha memberi cinta..aku masuk tidur dulu,esok pagi-pagi nak kena pergi kerja..lumrah hidup Qi,jika kita tak mencari kita takkan dapat..” ujar Fakhri sebelum beredar ke pembaringan.


Dalam sungguh maksud kata-kata Fakhri,ibu..Qi teramat rindukan ibu.


Deria pendengaranku disapa bunyi alunan kalamullah,langkah ku atur ke ruang tamu rumah..Subhanallah,merdu sungguh lantunan suara Fakhri.Air mata menitis hebat,sudah lama tidak ku tatap bait-bait kalam indah itu.Seakan terasa ibu dekat denganku,ku bawa langkah ke bilik air..wudhu’ ku dahulukan sebelum sujud pada yang Satu.Ku dahulukan dengan solat sunat taubat,moga dosa ini akan terampun..moga kisah hitam itu akan gugur satu persatu,moga Dia takkan pernah palingkan wajah dari hambaNya yang hina ini.Benar kata ustaz dalam tazkirah maghrib malam tadi.”Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual  minyak wangi.Jika kita tidak membeli  darinya tetap kita akan menghidu bau wangi darinya.Sedangkan sahabat  yang jahat umpama tukang besi ,walaupun tidak terkena percikan api tetap kita merasai bahang panas  dan terhidu bau busuk darinya”.Air mata semakin lebat,esak tangis semakin rancak..


“Qi..Alhamdulillah,pasti ibu kau bangga sekarang ni..pasti dia tenang berada di sana.”Fakhri menyapa dari belakang.Hening subuh itu begitu syahdu dengan kisah tangisku,air mata lelakiku tewas akhirnya setelah kian lama ia terperuk di satu lubuk yang aku sendiri tak tahu dimana tempatnya,mungkin jugak kerana terlalu ego melayan nafsu.


“Jom la kita ke masjid,dah hampir subuh ni..apa-apa pun terima kasih banyak Fakh sebab bawa aku kembali kejalanNya”.


"Tak de apa la Qi..kecik sangat je apa yang aku buat ni,aku tak nak sahabat aku merasa walaupun hanya percikan api neraka..aku nak kita sama-sama berpimpin tangan menuju jalan manisnya untuk ke sana,aku pun tak tahu bila aku akan dijemput Dia..siapa tahu inilah langkah aku yang terakhir di bumi Allah ni.”ujar Fakhri dengan nada gelak kecil.Hati diterpa bimbang,tapi ku tepis jauh kerana Fakhri yang ku kenal memang seorang yang suka bergurau.


“Ishh..kau jangan mengarut la Fakh,banyak lagi yang aku nak belajar dari kau..aku harap sangat,hidayah ini takkan ditarik kembali.Moga ia kekal dalam jiwa dan hati aku.”

Fakhri hanya tersenyum,manis sungguh senyumnya..belum pernah aku lihat senyuman indah sebegitu rupa darinya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


“Qi..nah ambik pil ni letak dalam air,lepas tu kau akan rasa dunia ni hanya untuk enjoy..”ujar jimmy dalam gelak yang menggila.


Akal yang gagal beraksi ,terus-terusan diasak nafsu..tanpa berfikir panjang air haram itu telah mendarat dalam kerongkong.Aku khayal,hanyut dalam dunia rekaan manusia sehinggalah akhirnya ia menjadi sebati,menjadi darah daging dalam diri aku.


“Shauqi,dari tadi pak cik tengok termenung jauh” pak Ali menyapa dari belakang sambil duduk bersila depan aku,berterbangan pergi khayalan aku sejak tadi.


“Tak da apa la pak cik,saya rasa bersyukur sangat masih diberi kekuatan untuk menapak kerumah Allah ni..Alhamdulillah,besar sungguh rahmat Allah pada hambaNya..seburuk dan sejahat mana seorang hamba itu dimata masyarakat tapi Dia tak pernah menjauh walau sesaat”


“Hhmmm..Alhamdulillah,bersyukurlah kita ni dilahirkan sebagai islam..hanya tinggal kita je untuk mendalami islam tu sendiri,cuba tengok orang lain yang baru nak mendalami agama suci ni..macam-macam dugaan terpaksa diharungi,jadi kita ni kena hargai dan mensyukuri apa yang telah dibentangkan untuk kita.”Tangan pak Ali mendarat dibahuku,nahh..rindu benar aku dengan usapan seorang ayah yang tak pernah aku rasai.Air jernih ditubir mata kutahan agar tak jatuh depan Pak Ali.


“Terima kasih Pak Ali atas nasihat yang sangat bermakna” 


“Sama-sama,peringatan tu kan sangat berguna untuk orang mukmin..pak Ali mintak diri dulu la ye” Pak Ali membuka sila dan makin hilang dari pandangan.


Sekembali dari masjid usai solat asar kudapati Fakh sedang berbaring di ruang tamu,tak pernah seawal ini dia balik dari kerja..mungkin kerja dah habis agaknya,aku tidak menyapa membiarkan fakh menghilangkan lelah itu sendiri.Dalam keenakan aku membiarkan Fakh melayan kantuknya,kedengaran azan dari surau berdekatan memecah suasana hening petang itu.Aku mengejutkan Fakh,memandangkan maghrib telah jauh dan kami tidak berkesempatan untuk berjemaah di masjid kami lunaskan sahaja di rumah.Sebelum azan isyak berkumandang,kami hanya sembang kosong seketika di rumah sebelum menapak ke masjid yang mengambil masa sepuluh minit itu.Fakh memecahkan kesunyian  kami..


“Qi,aku nak mintak maaf dengan kau..mana tahu selama ni tanpa sedar aku ada menyakitkan hati kau,sikit atau banyak aku harap kau sudi maafkan aku.”


“Kau tak ada buat salah apa-apa pun,aku yang sepatutnya lebih layak mohon kemaafan kau Fakh..aku selalu memperlekehkan kau,menghina kau”.


“Alah..aku tak ambik hati pun,aku dah maafkan semuanya.Qi,aku harap lepas ni kau kekalkanlah apa yang ada sekarang malahan aku yakin kau mampu untuk mejadi lebih dari sekarang ni.Hanya ni je yang aku mampu tolong Qi,kau letakkanlah Dia dalam hatimu walau apa jua yang mendatang kelak kerana hanya Dia sebaik-baik tempat berlindung.”Fakhri berbicara tenang.


“Aku yang patut ucap terima kasih Fakh,tanpa kau tak mungkin aku berada di sini.”


“Kan Rasulullah pernah bersabda,”sesiapa antara kamu yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dia bersegera memberi manfaat kepadanya (Riwayat Muslim)….jom la kita ke masjid,dah azan tu.”dan kami beriringan berjalan untuk sujud kepada Yang satu.


Hening subuh itu,tidak seperti kebiasaan aku tidak mendengar alunan suara Fakh melagukan kalamullah..mugkin terlalu penat,semalam pun nampak sangat Fakhri tidak bermaya.Usai wudhu’ aku bentang sejadah untuk sujud pada Yang satu,inilah rutinku sekarang sebelum subuh bertamu.Ku akhiri ayat yang terakhir kalam suci setelah kedengaran azan subuh berkumandang,hati terdetik pelik..berdetak tidak seperti kebiasaan.Ku lihat Fakhri tidak bangkit dari pembaringan.


“Fakh!Fakh!” aku meggerakkan tubuhnya berulang kali tapi tiada respon seperti selalu,nadinya juga tidak berirama.Dadaku berdetak,mengalunkan irama cemas.Air jernih dari tubir mata turun tanpa dijemput.Fakh telah pergi dijemput Ilahi….


Langkah kubawa ke masjid,pada qaryah masjid aku khabarkan berita pemergian Fakhri..pada pak Ali,aku minta pertolongan menguruskan jenazah Fakhri.Kebetulannya Fakhri memang seorang yatim piatu sejak kecil,menjadi tanggungjawabku untuk menguruskan segalanya.


“Shauqi,sabar la nak..redhakanlah pemergiannya,doakan moga rohnya tenang di sana.Tiada satu pun yang akan kekal,kelak kita jugak akan dijemput malaikat maut.”pak Ali memecahkan kesunyian suasana perkuburan.


“Saya tak sangka dia pergi terlalu cepat pak Ali,masih terdengar kalam-kalam nasihat dari dia,saat kami bergelak ketawa bersama,mengatur langkah ke masjid bersama..ahh,terlalu banyak kenangan dengan Fakhri Pak Ali.Dia yang membawa saya kembali mengenal Tuhan saat saya jauh tanpa arah.”mutiara jernih menitis untuk kesekilan kalinya.Pak Ali menarik aku,berlabuh dalam pelukannya..damai seketika dengan usapan seorang insan bergelar ayah.


“Pak Ali balik dulu,nanti kalu ada apa-apa bagitahu pak Ali..InsyaAllah Pak Ali akan tolong.”Usai bersalam Pak Ali mengatur langkah untuk pulang setelah seharian menemaniku menguruskan jenazah Fakhri bersama Jemaah yang lain.


Lama aku berteleku di depan pusara Fakhri,terasa berat kaki ini mahu melangkah meninggalkan pusara itu.Inilah sunnatullah yang kita harus terima dan redha,setiap yang bernyawa pasti akan pergi menghadap Ilahi Cuma cara saja yang berbeza.Terlalu banyak perubahan Fakhri sejak akhir-akhir ini,aku saja yang tak pandai menebak maknanya.Tiada siapa dapat meramal takdir,dan mati itu pasti..tidak akan dicepatkan dan dilambatkan walau sesaat.Fakhri,tenanglah dikau di sana..moga kebaikanmu padaku menjadi wasilah untuk kau ke syurgaNya,akan ku semat setiap nasihat dan peringatanmu padaku..terima kasih sahabat.Ibu,kini Qi bersendiri lagi..dan satu yang Qi yakini bersendiri itu pasti,kelak di alam barzakh Qi jugak bakal sendiri tanpa sesiapa.Seketika cuma Allah pinjamkan Fakhri untuk Qi.Ibu,anakmu akan jadi lebih tabah dengan kedewasaan ini..akan jadi lebih kuat dengan kehilangan.Biasan hidayah itu,akanku pelihara sebaik mungkin,akan ku genggam hingga nafasku yang terakhir..agar tidak lagi aku perlu  mencarinya untuk kali yang kedua.



“Setiap yang bernyawa akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kabaikan sebagai cubaan.Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami” Al-anbiya’: 35



“Katakanlah (Muhammad),Aku tidak kuasa menolak mudharat mahupun mendatangkan manfaat kepada diriku,kecuali apa yang Allah kehendaki,”Bagi setiap umat mempunyai ajal (batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatkan sesaat pun.” Yunus:49

23 Oct 2012
8 Zulhijjah 1433 H
~CikBulan~

No comments:

Post a Comment