Bismillah,Alhamdulillah
dengan rahmat kasih sayangNya masih lagi dikurniakan nikmat yang tak ternilai..syukur
masih bisa bertapak menghayun langkah di bumiMu,meratib secebis cinta mengharap
sebentang maghfirahMu…hanya dengan satu lafaz ALHAMDULILLAH !
Syawal
semakin pergi dan zulkaedah nampaknya makin mendekat,macamana dengan puasa enam
kita semua..hopefully as well as last ramadhan,Alhamdulillah cikbulan telah
melepasi tahap itu.
Diriwayatkan daripada Abu Ayyub
al-Ansari,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“sesiapa yang berpuasa pada bulan
Ramadhan,kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal ia seperti puasa
setahun penuh.” (Riwayat Muslim)
Siapa yang
tak nak kan ganjaran yang sangat banyak,beruntungnya kita dilahirkan sebagai
seorang muslim yang mengamalkan cara hidup islam.Cikbulan bukan nak bagi
tazkirah hanya mengingati sesama kita,sebenarnya nak kongsi pasal syawal hari
tu.Alhamdulillah tahun ni berkesempatan beraya di tanah air bersama my big
family,sangat-sangat gumbira walaupun tak dapat duit raya(sedihhhh !)tapi ok je
sebab ada jugak yang sudi menghulur simpati pada diri ini(ayat sedih sebab tak
dapat duit raya) tapi sebenarnya tak ada la nak sedih sangat pun sebab terbayar
dengan kegembiraan yang tak terhingga,hang out dengan kawan-kawan satu kepala
dan insyaAllah kawan dunia akhiratku.Biasa la bila lama tak jumpa,masing-masing
dengan tanggungjawab sendiri..ada yang dah jadi cikgu,yang tengah nak
konvo,yang tahun akhir dan sayalah yang paling junior sikit masih berusaha
meneruskan perjuangan yang masih berbaki.Semoga ukhwah kita kekal hingga ke
syurga..aminnn !
Tahun ni
alang-alang dah balik tanah air sempat la menjejak kasih cikgu-cikgu sekolah
rendah..bila diingat kembali kelakar pula rasanya,tapi ok la sebab ada la jugak
kenangannya.Terima kasih cikgu qurratul a’yun sebab sudi bawak saya jalan-jalan
naik kereta.
Ok..itu
first things,yang keduanya…letih, hari-hari menapak ke tempat kenduri kalau tak
naik kereta merempit la jawabnya..jalan raya kan saya punya.Bermula hari raya
kedua then seminggu yang seterusnya perut memang tak ada masa untuk
lapar,membawa diri ketempat kenduri itupun tak termasuk yang terpaksa
menguzurkan diri dek kerana undangan yang terlampau banyak(terima kasih kepada
semua yang mengundang).Yang sadisnya mak-mak kami asyik menyebut (dok pergi kenduri
orang je,yang kita punya bila)hailaaaa…..kalau dah tertulis begitu nak buat
macamana kan,takdir Allah tiada siapa yang tahu.Banyak berceloteh pulak,layan
la dulu picture-picture yang sempat disnap….
Itulah antara gambar yang sempat disnap,ada jugak yang 'curi' sebenarnya..by the way tahniah untuk semua.mesti ramai yang akan cakap turn sendiri bila lagi..tak pe,turn empunya badan akan datang la..jangan risau,jodoh tu kan rahsia Allah.....semoga bercinta hingga syurga untuk semua !
Syawal
hampir berlalu,sejauh mana kita mampu memaafkan orang lain dan serendah mana
kita mampu menundukkan ego kita untuk mintak maaf dengan orang lain..amalkan
konsep forgive and forget,kata maaf tak sukar untuk diungkap tapi membajainya
dalam hati bagi menumbuhkan benih redha dan menerima kesalahan orang lain itu
yang amat perlu.Akhir kalam,walau apa jua yang mendatangi kita terima dengan
redha dan ikhlas..insyaAllah khair abadal abadiin.Perkongsian bukan bermakna
diri ini sangat bagus tapi untuk berkongsi manisnya perjalanan menuju ke SANA !
No comments:
Post a Comment