Wednesday, August 15, 2012

redha..



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurulillah,saat dan tika ini laman bisu ini masih mampu dijenguk kembali.Satu kenyataan dan realiti yang harus dan mesti manusia telan kadang-kadang amat memahitkan untuk dilalui,satu sisi bisu yang kita harus terokai untuk menjadikan kita seorang ‘abdillah yang beriman dengan qada’ dan qadarnya.Alhamdulillah Dia sentiasa dekat dan tak pernah jauh walau sesaat seperti lagu Ramlah Ram feat Sleeq,sesaat KAU datang..ya,hakikatnya begitulah walaupun tanpa kita sedari Dia memang sentiasa ada untuk kita.

Hujung pena yang berbicara sering kali diuji dengan sebuah dugaan,sesaat nafas yang dihela amat memahitkan..untuk sedetik kemudiannya hembuslah dengan penuh penghayatan untuk kita merasai kemanisan hikmahNya.Menyusun kata sangat menyesakkan dada,tak terluah rasanya bicara ini terlekat di kerongkong..liur yang ditelan terasa pahit,tapi sebuah hakikat yang kita harus hadapi sampai bila harus berdiam diri lambat atau cepat saya harus meluahkannya juga.Tak sanggup rasanya nak menatap empat pasang mata itu tapi I have to face it,arghh..sangat pahit rasanya menelan sebuah takdir.

Di penghujung Ramadhan saya menjadi seorang manusia bisu,kelu tak mampu untuk meluah mungkin jugak saat ini I need someone to share all my sadness,to feel what I’m feel deep in my heart,to give me some moral support,to calm and hear all my problems..sahabat,saya amat memerlukan kamu-kamu semua  untuk menguatkan langkah yang rapuh ni agar diri ini tidak futhur di pertengahan jalan.Susah untuk meyakinkan hati dan jiwa yang bukan kamu saja yang diuji sedangkan mereka-mereka diluar sana lagi hebat dugaannya,suhu badan meningkat tiba-tiba kondisi jiwa dan akal tak mampu untuk beraksi pada paksinya..ya,saya perlukan ketenangan bilamana luka ini berdarah untuk kali kedua..kesakitan yang amat luar biasa bila mana sahabat-sahabat “satu kapal” telah jauh meninggalkan kamu dibelakang.Di minda sentiasa berlegar gelak tawa teman-teman yang nasibnya tak sama dengan diri ini,Allah…teruji kembali apabila jiwa sudah bisa menerima lakaran indah takdir dariNya,bukan tidak boleh untuk tidak memikirkannya tapi inilah lumrah seorang manusia sekuat mana sangat mampu bertahan..kekecewaan sentiasa akan dialami walaupun kamu bisa menggenggam kata KEJAYAAN,seorang sahabat meluah rasa..sedih bila tak mampu membantu kawan baik sendiri berkongsi kejayaan yang sama,itu letaknya jika kamu Berjaya dan yang kurang bernasib baik rasanya seperti saya..nahh,kecewa,sedih,derita akan sentiasa mengejar walaupun kamu sudah jauh di depan.Kita tak akan dibiarkan mengaku beriman selagi tidak diuji,saat ini keimanan benar-benar teruji,terasa sungguh kerdil diri ini.At the same time rasa nak lari jauh-jauh,mencari ketenangan walhal hakikatnya ketenangan bisa diraih andai kita redha..bak kata najwa latiff kosong ! kosong ! dan saya tak kan biarkan jiwa ini kosong dengan hanya sebuah kegagalan.

Secara jujurnya gagal bisa membuatkan kita lagi kuat dan tabah,lebih berhati cekal dalam pelbagai aspek samada kekentalan telinga menahan cakap-cakap orang yang dirasakan sangat pahit untuk ditelan dan jugak kekentalan hati menerima ujian ini.Saya cuba tanam dalam hati dan jugak minda “kita semua akan diuji Cuma cara kita diuji yang membezakan kita”.Berbicara di hujung pena mudah bukan, tapi untuk kita betul-betul menghayati erti sebuah ketabahan dan kesabaran bila diuji tidak semudah pena itu berlari.Arghh…mutiara jernih ini gugur lagi,tipis sungguh kekentalannya menahan benteng hati agar tidak terguris..mengawal situasi dan suasana agak berat dirasakan,berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak selapangan mana mungkin mereka memahami bahkan yang sama lapangan pun belum tentu akan berlapang dada….inilah realiti kehidupan ada menang dan kalah,wujud kejayaan dan kegagalan,adanya suka dan duka.Manusia jugak diciptakan berpasangan jadi apa sahaja yang bakal dialui oleh seorang insan mesti jugak berpasagan seperti hidup yang punya pelbagai pilihan.Manusia tak kan henti bercakap melainkan apabila kedua belah mata terpejam rapat dijemput Malikilmaut,Alhamdulillah finally..jiwa ini makin menemui titik SAKINAH,melihat senyum itu menjadikan diri ini lebih yakin untuk menongkah arus .Alfu syukran untuk sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat,kalam kamu semua sangat berharga..walau terpisah jarak beribu batu kamu sentiasa dekat dihati.

Berkali-kali cuba menghayati makna surah al-insyirah ayat lima dan enam “maka sesungguhnya selepas kesulitan akan ada kemudahan”.Bukan sekali Allah berfirman tapi diyakinkan lagi dengan maksud yang sama menandakan akan ada satu jalan indah untuk kita kelak.Kita hanya perlu mencari hikmah dan bukannya mempersoalkan hikmah setiap sesuatu.Kalam dah jauh belari,biasa la bila jasad tak dapat nak menyatukan hati dan minda natijahnya dihati ini hanya Tuhan yang tahu bak kata UNIC…akhir kalam smile as big as you can !


Bila semua yang berlaku tidak seperti yang direncanakan
Percayalah Dia punya aturan terbaik untuk kamu
Dia punya sebab tersendiri
Akan ada kisah yang lain
Akan ada perjalanan yang lebih untuk kamu
Kunyah dengan perlahan
Untuk merasai kemanisan hikmahNya
Sekali nafasmu terhela
Mungkin akan terasa pahitnya
Hembus perlahan untuk diresapi ketenangannya
Jangan dihakis senyum itu
Kerana ia sangat bermakna untuk kamu
Saat kamu jatuh dan jauh
Hujung pena akan diuji bicaranya
Jangan hanya terhenti pada coretan
Tapi bawa lakarannya kejiwamu.
~cikbulan~
26 ramadhan 1433H


 “setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab luh mahfuz sebelum kami mewujudkannya.Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak perlu terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri". al-Hadid : 22,23


“ Syurga itu dipagari dengan kesusahan,manakala neraka dipagari dengan kesoronokan”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim




*aidilfitri yang makin hampir,moga ramadhan ini menjadi ramadhan yang snagat bermakna untuk kita sebagai medan tarbiah sebuah kesabaran..selamat hari raya aidilfitri !

No comments:

Post a Comment