Monday, July 9, 2012

love the love you have


Bismillah..


Berbicara tentang sebuah kasih sayang,manis dan indah walau terkadang ianya menemui detik-detik penuh kedukaan dan kesakitan.Saat berjauhan,akan teruji sebuah perhubungan samada hubungan seorang anak dengan ibu dan bapa atau apa saja yang diistilahkan sebagai sebuah perhubungan.Dalam skop kehidupan saya sebagai seorang musafir ilmu yang hidupnya  merantau jauh ditempat asing sahabat dan kawan-kawan yang akan menjadi priority,tidak kira masa dan ketika hanya mereka yang sentiasa ada untuk meluah rasa dan berkongsi duka.Bermusafir jauh seketika tanpa gurau tawa seorang sahabat,dunia dirasakan tersangat asing.Apabila yang telah terbiasa ada tiada dalam sekelip mata sunyi sepi tanpa suara,hebatnya penangan sebuah kasih sayang apabila kita berukhwah semata-mata kerana Allah.

Dalam konteks kita yang memegang title sebagai anak,suka atau tidak rela atau paksa ibubapa adalah keutamaan yang tiada galang ganti.Hargai selagi kita masih mampu merasa aliran kasih sayang mereka,sebuah keluarga diibaratkan seperti satu ikatan..apabila bersatu tiada satu  kesukaran yang paling besar tidak mampu dihadapi,semuanya akan menjadi mudah..,memupuk sikap sabar redha dan ikhlas tak semudah yang diungkap..mengungkap dimulut tanpa meresap ke dalam hati natijahnya kosong.Learn how to communicate with others,berkomunikasi dengan sebaik-baik ungkapan,apabila berselisih pendapat gunakan kaedah terima telan buang dan redha..mengunyah umpatan dan ketidakpuasan menjadi lumat dan berdebu agar terbang dibawa angin supaya tidak mampu melekat utuh di tangkai hati.

Setelah hampir dua minggu away dari bumi anbia’ tanpa sahabat-sahabat yang saban hari berjuang bersama,berkongsi resah suka dan duka..hanya satu ungkapan iaitu rindu yang teramat,menjadi insan“bisu” seketika.Itulah hakikat manusia,bila berada di sini ingin kembali ke sana..bila berada di sana igin kembali ke sini.The right way is appreciate apa saja dan dimana saja kita berada,meneguk dan merasai penuh kenikmatan setiap apa yang terbentang.Walaupun ianya sebuah esak tangis,tapi rasainya dengan penuh kenimatan..luarannya seperti dihimpit duka tapi realitinya ada sesuatu disebalik tangis yang dirasai.Allah menjadikan setiap sesuatu dengan berhikmah,jadi kita sebagai ‘abdillah harus menelusuri jalan hikmah itu dengan penuh kesabaran.

Melakar coretan dan cebisan kasih sayang tak kan pernah habis untuk di’sejarahkan’,sebagai anak kepada ibu dan ayah,adik kepada kakak dan abang dan kakak kepada seorang adik terasa sangat bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat besar.Segala kemahuan walaupun tak semuanya dipenuhi tapi certain-certain things sebut saja pasti tertunai.Alhamdulillah,berbaloi berada dalam family yang besar.Hakikatnya walau beribu kemahuan dipenuhi bandingannya tak kan pernah sama dengan nilai sebuah kasih sayang..makin dicurahkan makin kita merasakan tak kan pernah cukup,makin diberi makin kita rasa nak lagi.Sebagai seorang manusia biasa,memberilah kerana ianya tak perlukan tenaga yang banyak untuk mencurahkan kasih sayang.Dan jika sebaliknya menerimalah dengan sepenuh hati kerana ianya tidak memerlukan nilai yang tinggi untuk dibayar..akhir kalam “semakin hari semakin sayang,better late than never!”


“katakanlah (Muhammad) ,jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun ,Maha Penyayang.” Ali Imran-31


Diri dirasakan seperti berada di bumi “asing” walhal hakikatnya berada di tanah tumpah darah sendiri,manusia-manusianya amat jauh berbeza..yang perlu diikuti itulah yang dirasakan pelik,yang ditegah itulah yang diagung-agungkan.Semoga Dia sentiasa bersama hamba-hambaNya,sentiasa memberi rahmat,cinta dan keberkatan untuk kita semua.

sebelum away untuk seketika,lets see....:)



sangat mendamaikan jiwa

jalan-jalan cuci mata...:)









*post yang agak berat dari cikbulan setelah hampir dua minggu tercorot di kampung halaman,by the way enjoy the reading..:)..keboringan yang sangat nyata berada di malaysia !

No comments:

Post a Comment