Bismillah..
Alhamdulillah,syukur tamat sebuah ujian dunia sebelum meniti liku-liku ujian di "sana" kelak.Apa saja natijah yang tercorak selepas ini harus diterima dengan redha dan tenang..insyaAllah,akan ada yang terbaik untuk setiap hambaNya.Tiada jalan mudah untuk bahagia dan berjaya,apa yang ditanam itulah yang dituai..hanya tawakkal dan doa mengiringi.Alhamdulillah jugak hari ni satu mesir bersorak gembira atas kemenangan Mursi selaku presiden mesir yang baru,insyaAllah tiada lagi pemerintahan diktator lepas ni..agak terkejut sebenarnya,sedang enak berjalan(sebab dah habis exam) melayan perasaan ditengah-tengah lautan manusia tiba-tiba terdengar bunyi mercun dan orang bersorak..langkah terhenti dan kaku seketika.Perasaan agak cuak sebab selalunya bila berlaku situasi yang macam ni of course akan ada pergaduhan manja dikalangan mereka tapi bila diamati semua orang tengah bersorak "mursi..mursi..mursi"..terlupa pulak hari ni pengumuman penuh pilihan raya mesir(tetiba mode excited nak balik mengundi PRU 13).
Sangat teruja sebenarnya nak balik tapi sedih jugak sebab terpaksa meninggalkan my best friend kat sini(maklumlah yang lain semua dah pegang title masing-masing).Waktu first time balik,sorang balik semua pakat balik..sehati sejiwa la katakan tapi bila dah masuk second time and third time harapan la nak ber 'sehati sejiwa'.Masing-masing ada haluan sendiri.."hidup kita sama cuma jalan cerita kita yang berbeza".
Sangat terharu sebenarnya,melangkah masuk nak jawab exam for the last paper b.i,ada la kawan-kawan yang rapat menegur.."syukur akak ambik paper ni".."teruja awak datang exam hari ni",dalam hati sangat terharu sebenarnya..terasa mereka sangat care about me(terima kasih ye awak-awak semua).Ok..actually since two weeks ago i've made my mind to postpone my date to fly away,cuma saja nak rahsiakan nak buat surprise la konon-kononnya..at the last,saya memang tak boleh menipu dengan baik tapi not bad la boleh simpan untuk dua minggu.
Cikbulan tak nak berkalam panjang,doakan saya selamat sampai mendarat dengan jayanya..mungkin ni post terakhir kot for a few months ni,perasan macam ada yang nak baca je..last but not least,jangan rindu saya ok ! (agak perasan kat sini..^^)
"kita merancang dan Allah jugak merancang,tapi perancangan Allah lagi terbaik..Jadi,maka jadilah !"
*i'm not sure what will be happen soon because we are not a Creater,
yang pasti doakan yang terbaik untuk semua.
bahagiakan orang lain,insyaAllah bahagia itu akan datang...kamsahamida !
25 jun 2012
MariatulQibtiah,egypt
No comments:
Post a Comment