Bismillah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersua kembali dalam laman bisu ni,alhamdulillah jugak sebab tak putus-putus ujian datang menjengah..yang menandakan Dia sentiasa mengingati kamu.Sebagai manusia biasa setakat mana sangat kudrat kita mampu bertahan,setakat mana kaki ni akan bertapak kukuh,setakat mana diamnya akan terus utuh,dan sebagai hamba tak kan pernah kita akan terus selesa hingga ke penghujung selagi tak bertemu ajal yang pasti iaitu MATI.
Ujian dunia kian ke pengakhiran,semakin nampak akan hujungnya..berbaki lagi tiga paper untuk mengerah keringat..'ala kulli hal syukur dalam ketidakupayaan melawan masih Allah biarkan merasa nikmat yang tak pernah putus kunjung tiba.Dalam masa hampir setahun terlalu banyak nikmat yang Allah bagi..permintaan seorang anak tak kan pernah ayah dan ibu menolak.."sesuatu" yang tak sangka akan dipenuhi akhirnya muncul depan mata,Alhamdulillah telah hampir setahun saya bersama "sesuatu" ni.Siapa sangka kan,kita hanya manusia biasa yang tak mampu meramal dan menjangka apa yang akan berlaku..so just keep praying,saya tak pernah mengharapkan pelangi selalu ada tapi saya hanya mengharapkan hujan tak akan terus mencurah.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah
sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak
mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan
selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda
ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab
baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa,
aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku
putus asa dan berhenti berdoa.”
Benda kedua yang tak disangka-sangka adalah bila tertunai nak beraya di tanah tumpah darah sendiri,Alhamdulillah terasa Allah sentiasa dekat dan mendengar setiap patah permintaan hambaNya.Walaupun dulu memang tak pernah ada harapan untuk itu..(mak cakap lepas habis study baru boleh balik) tapi tulah hakikatnya kita memang manusia yang lemah tak boleh meramal masa depan.Besarnya jasa ayah dan ibu,kita tak kan pernah nampak airmatanya tapi mereka selalu ada untuk menyeka airmata kita..(ya Allah jadikanlah aku seorang anak yang menghargai jasa ibu dan ayah).Dalam keadaan kondisi jasad yang tak berapa nak stabil tiba-tiba mak cakap zakat masuk,Alhamdulillah syukur yang tak terhingga..benarlah kata seorang sahabat aKa ahli bait tersayang "akan ada khabar gembira selepas hilangnya airmata" dan yang satu ini memang terbukti dan hajat untuk "memiliki" sesuatu itu jugak telah tercapai.Sungguh indah percaturanMu ya Allah.
Kita tak kan mintak hujan sentiasa membasahi bumi tapi bila ianya datang kita harus terima dan pandai mengawal keadaan walaupun kadang-kadang mulut berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah,dalam keterujaan menghitung hari yang hanya tinggal kurang dua minggu..satu perkhabaran yang merentap hati dan perasaan..jadual exam ditunda melangkaui tarikh ingin fly away,saat macam ni la kita akan tahu sejauh mana tahap kesabaran kita dan sejauh mana kita redha akan sesuatu (bila senyum jugak dalam keadaan yang menipu) part mana yang boleh nak dikatakan redha,its ok la..kamu ada Allah sebaik-baik pergantungan.Ingat,nikmat tak kan hilang ditelan dugaan.Saat kewarasan akal dikawal oleh perasaan dan aulawiyat jugak ditepis hebat oleh perasaan memang kamu akan kalah,jangan terus lemas tapi apa yang perlu bangkit semula..mintak dengan sepenuh hati pasti ada jalan yang terbaik yang kedua-dua peluang tak perlu dilepaskan.Melepaskan medan imtihan ibarat menggantung diri,tapi melepaskan harga tiket yang beribu jugak ibarat hilang sara hidup setahun.Sangat menyesakkan dan memeningkan and finally He never far from you,Alhamdulillah everythings settle tanpa perlu melepaskan semua benda yang penting..
"Allah s.w.t did not promise that life would be easy but HE promise to go with you every step of our life with him by your side"
*next to go..focuss for the next paper,Allah ma'ie !
No comments:
Post a Comment