Wednesday, May 23, 2012

mendidik sabar + redha


 Bismillah dan Assalamualaikum...

Alhamdulillah,bersua kembali di alam bisu yang tak bersuara ni.Tajuk macam best padahal sering bermonolog dengan diri sendiri,kenapa la susah nak mendidik sabar dalam diri,macamana nak redha akan sesuatu kalau awal-awal lagi sabar pun tak boleh nak dipupuk dalam jiwa.Alahai jauhnya cik SABAR lari membawa diri,padahal perkara yang menyebabkan sabar itu teruji telah berlalu..diulangi,telah berlalu !!! Jadi cik bulan sila belajar bersabar dengan sepenuh penghayatan dalam erti kata sabar yang sebenar-benar sabar.Allah....payahnya nak jadi manusia yang betul-betul sabar plus redha akan sesuatu,kita tak akan tahu sejauh mana tahap kesabaran kita kalau tidak diuji dengan sebuah pentas bernama dugaan.Bila diingat kembali,memang teramat kanak-kanak dan sangat tidak matang apabila terpaksa menghilangkan kesabaran dengan masalah yang remeh tapi itulah hakikat manusia..setakat mana sangat senyum mampu bertapak dibibir kalau dah hati ke lain fikirannya dalam erti kata menahan marah so terhasillah sebuah ukiran senyum yang menipu.Semakin ingin dicampak jauh semakin dekat ianya datang,walhal dah berkali-kali mengingatkan diri sendiri usah dikenang benda yang dah lepas dan berlalu..sedih dengan diri sendiri sebab tak mampu untuk menjadi manusia yang penyabar dan redha.Secara langsung bahasa badan dan muka akan bertukar watak,kesian pada sesiapa yang berada dalam situasi itu,secara tidak langsung akan mengena tempias kemarahan bilamana sabar tak lagi mampu bertapak dalam hati.Ok,bukan nak berkalam panjang berjela cuma nak berkongsi tentang sebuah kesabaran..jadi sesiapa di luar sana jangan jadi kanak-kanak macam saya ok,yang hilang sabar hanya pada satu benda yang remeh (remeh ke,mungkin la).Akhir kalam selamat berimtihan kepada semua rakyat jelata yang membaca post yang agak pening-pening ni (mesti semua tersenyum-senyum kan sebab dah melimpah ruah dalam kepala masing-masing dengan fakta yang bakal dicurah atas kertas exam nanti),terutama student mesir la kan..masing-masing muka ketat sebab waktu yang makin hampir kepada imtihan (termasuk la saya ok plus menghitung hari i wanna fly without wing ^^). 



Kita sabar pada hati,
Kita melawan pada realiti,
Sabar bukan hanya pada fantasi,
Sabar itu pada realiti,
Sejauh mana penerimaan,
Setakat mana perlaksanaan,
Tepuk dada tanya iman.....
~cikbulan~


sabar adalah pokok kepada segala hal
~kekanda tercinta~


"wahai orang yang beriman!mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh Allah bersama dengan orang-orang yang sabar" 1:153



No comments:

Post a Comment