Sunday, May 13, 2012

leave behind..!!!


Bismillah

Alhamdulillah,masih mampu berkongsi sesuatu insyaAllah dalam ruangan yang tak bersuara ni.Pasti ramai di luar sana yang sudah semestinya dan sentiasa dibelenggu masalah,kepahitan masa lalu,kenangan silam yang tidak begitu indah dan bermacam lagi la yang boleh dikaitkan dengan pencetus lemahnya semangat.Memikirkan masa lalu yang suram dan kelam tak kan membawa kita kemana-mana,mulakan langkah..mulakan versi baru diri kita,tutup yang lama dan mulakan satu momentum yang membina untuk terus melangkah.Kita sentiasa akan diburu dengan masalah selagi kita tak dijemput oleh Pencipta kita yang Maha Kekal.

Bila kita makin berbicara tentang pokok kepada yang boleh membawa kepada lemahnya semangat dan stress yang melampau..so,leave behind and don't ever think about that again..bila makin dikenang,bayangnya sentiasa mengejar..jadi tinggalkan semua kepahitan masa lalu dibelakang dan terus pandang ke depan kerana nasib kita tak kan sama dengan masa lalu.

"Tidak ada satu musibah yang menimpa seseorang,kecuali dengan izin Allah dan barang siapa beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" At-taghabun : 11

Tidak akan satu perkara pun yang akan kekal,manusia akan sentiasa diuji walaupun ianya berbentuk kesenangan.Berhenti dari berbicara mengenai apa jua yang boleh mengakibatkan kita lupa yang bahawasanya tak selamanya kepahitan itu akan terus kekal,bukankah Allah telah sediakan pelangi selepas adanya hujan..so,kita harus yakin dan percaya akan ada sinar di hujung sana walaupun kita tidak ketemu kemanisannya dalam waktu yang cepat.

 Tidak akan ada satu jalan yang telah Dia sediakan,kita tak mampu lalui..yakinlah dengan ayatNya...............
"Allah tak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya" 1:286

Kita mampu sebenarnya untuk menjadi seorang yang tidak memikirkan masa lalu,terus berdoa padaNya kerana itulah senjata terbaik orang mukmin.Sematkan dalam hati dan jugak minda,berhenti dari mengingati dan menyebut apa jua yang menjadi punca masalah itu bertandang.Manusia mungkin boleh menjadi pendengar yang baik tapi jangan kita lupa Allah lah tempat yang paling terbaik untuk mengadu apa jua masalah.Konsistenkan apa yang telah kamu mulakan,jangan hanya bermula dengan sekali tapi harus berkali-kali,jika tak mampu..lawan dan terus melawan,jika imanmu lebih teguh dari nafsu tak kan syaitan akan terus bertakhta..

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”

  
Jika dengan mengingati masa lalu yang kelam boleh membangkitkan semangat kita..so,teruskan kerana kita tak kan sama cara untuk meraihnya.Don't be stress and don't ever sad with averythings that lost in our life,to get something we must let go something..just leave behind !!!


4 comments:

  1. Anonymous13 May, 2012

    Allah is everythings right?? :-)

    ReplyDelete
  2. yess....bila kita tinggalkan dunia untuk lebih dekat dengan Dia,insyaAllah tidak akan ada satu kerugian....leave everythings behind...hehe

    ReplyDelete
  3. Anonymous14 May, 2012

    dr dia kita dtg kpd dia kita kembali...

    ReplyDelete
  4. insyaAllah....Allah ma'ana !!!

    ReplyDelete