Bismillah...
Alhamdulillah,walaupun sudah lebih seminggu tapi tak kisah la nak story jugak kat sini pasal family day for akhawat yang berlangsung baru-baru ni.Firstly bermula acara dewan yang sangat menarik,banyak manfaat dan perkongsian.The whole day bebas dari insan bernama ikhwah dekat RKB(bukan la bebas sangat pun,ada la jugak nampak dua tiga kerat yang berkeliaran).Dari pagi sampai malam bertapa kat RKB,sedang nyenyak melepaskan lelah tiba-tiba cikbulan dikejutkan dengan permintaan dari urusetia untuk menjadi juri bagi acara pada malam tu,pada mulanya diterima dengan hati terbuka tapi bila makin dekat ke kemuncaknya cuak pula terasa sebab kena jadi ketua juri(passing kat orang lain sebenarnya mandat tu sebab cikbulan sangat anti dengan bendalah yang bernama mikrofon..huhu)...alahai,cikbulan sangat tak pandai sebenarnya nak mengadili ni tapi dah permintaan digagahkan jugak la.Alhamdulillah...selesai jugak la akhirnya.
juri yang sangat bertauliah tak termasuk cikbulan ok..:) |
For the 2nd day,bermula la kisah yang tak berapa nak jadi kisah,acara sukan yang sangat happening walaupun bilangan yang turun tak la mencecah beratus ribu..belum kalah lagi la acara sukan sea ,just sukan river je...:)Acara yang bermula seawal pagi dengan angin sepoi-sepoi yang tak berapa nak berbahasa,cukup menusuk ke tangkai jantung..sangat menikam kalbu.Masing-masing prepare untuk acara perbarisan,sangat semangat la lantunan suara masing-masing sebab tiada sebarang gangguan dari makhluk yang bernama ikhwah.Then acara yang dinanti-nanti,sebab dah lama kan tak beramah mesra dengan yang bernama padang ni..agak excited la jadinya.Bermula dengan futsall,bola jaring,bola tampar,badminton,sukaneka and so on la.Jom kita terjah apa yang jadi pada hari tersebut,enjoy the photo..:)
gadis ayatul-akhras |
kekalahan yang tidak nyata ok...kami merangkul dua kemenangan walaupun keseluruhan kami the 2nd winner |
Selesai sudah acara yang tak berapa nak gilang gemilang sangat la..cikbulan and the gang tersangat la penat,almaklumlah setahun sekali pun susah nak jumpa padang plus umur dah lanjut jadi urat dawai tulang besi kami semua meregang (walhal sebab dah lama tak bersukan).Acara sampai ke penamat hampir maghrib,enjoy..penat..sakit badan dan macam-macam lagi yang kami rasai.Bukan hadiah yang menjadi keutamaan tapi ukhwah yang tercipta,itu yang terpenting...Alhamdulillah,dirasat dan medik bersatu walau tak pernah bertemu kerana semuanya hanya kerana Yang satu.Agak lambat diupdate walhal ada post yang telah mendahului..disebabkan beberapa faktor alam yang agak tak stabil telah berlaku terhadap cikbulan.For all the readers,doakan cikbulan ok..kamsahamida..:)
test.. test..
ReplyDelete