Wednesday, March 7, 2012

suratan dan kebetulan


 


 biar kesakitan yang menguji asal kita tak lari dari Ilahi..
biar deraian air mata bak hujan yang mengalir..
rembeskan ia agar ianya damai walau seketika..
kita mengira betapa sedihnya suratan hidup yang tertulis,
tapi adakah kita melihat penderitaan diluar sana yang tak tertanggung..
air mata seolah telah tandus,
setandus padang sahara...
cekalllah sahabat dengan takdirmu..
kuatkan langkah walaupun ianya seakan berat..
jagan dikira deritanya hidupmu..
lihatlah pada mereka yang lebih dasyat jalan hidupnya..
senyumlah hadapi dugaan
seakan tiada lagi penderitaan yang tinggal..
bilamana kakimu tak mampu lagi mencecah bumi..
sujudlah dahimu pada pencipta ya RABBI..

smile as big as you can as tough as you by
kamu tak pernah sendiri kerna aku sentiasa disini
ada untukmu walau hanya kata semangat yang mampu kuberi
untuk insan-insan yang ku sayang
berdamailah dengan takdir,hidup terlalu singkat untuk berduka..:)

3032012
~sinaranBulan~




Bismillah..

Tiada kalam secantik nukilan,tiada bahasa seindah kata..cikbulan bukan nak berkata-kata sangat sebab diri ini bukanlah seorang yang pandai berkata-kata pun,ok back to the topic..suratan yang kadang-kadang sangat kita tak jangka dan sangka tapi sebagai seorang hamba yang beriman dengan KalamNya whether you like it or not,you must accept it as a fate.Kita menerima sesuatu yang tertakdir ibarat kita menelan sebiji ubat yang pahit,pahit itu akan terasa tapi effectnya kita akan lebih sihat begitu juga takdir..menerima tak semudah yang dituturkan tapi bila saat kita menerimanya dengan redha dan sabar insyaAllah manisnya akan ada dipengakhiran.Bukankah Allah itu sentiasa bersama orang-orang yang sabar jadi memang tak akan menjadi satu kerugian pun jika kita sentiasa meletakkan sabar itu di tempat yang tertinggi.

"wahai orang yang beriman!mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh Allah bersama dengan orang-orang yang sabar" 1:153

Andai tak mampu nak menanggung empangan airmata yang sarat,biarkan ia pecah..bukan bermakna bila ia mengalir kita akan dianggap lemah tapi ianya satu fitrah,untuk apa ianya diciptakan kalau bukan untuk dialirkan.Percaya atau tidak,saat ianya keluar...sangat lega sebenarnya(boleh cuba bagi yang belum pernah mencuba..:)

Cikbulan bukan nak bercerita pasal airmata,tapi hanya untuk mengembalikan semangat seseorang..walhal kadang-kadang diri ini pun tersenyum disebalik lakonan,lakonan yang tak perlukan director,skrip and dialog..just smile as big as you can,smile from ear to ear.Hidup terlalu singkat untuk berduka,tak semua yang kita nak akan tercapai kadang-kadang sesuatu yang Dia kurniakan bukan dengan sekelip mata kita akan dapat.Satu kebetulan jika ianya mampu kita raih dalam sekelip mata,anggaplah ia satu rezeki yang Dia anugerahkan.

Petikan kalam seorang sahabat "Dia akan kurniakan orang yang Dia cinta,bukan orang yang kita cinta".Sabar dan redhalah andai dia bukan yang tersurat dan tertulis untuk bersamamu,pasti akan dihadirkan dan dihadiahkan insan yang lagi terbaik.Kita berhak untuk memilih apa yang kita mahu tapi kadang-kadang kita sering kali tersilap percaturan..jadi sediakan seluas-luasnya ruang redha,tebarkan selebar-lebarnya keikhlasan dengan suratan dan takdir.Takdir tak akan semuanya pahit,anggaplah ianya satu jalan tarbiah untuk menjadi seorang insan yang lebih kuat menongkah ujian dunia.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,hanya mampu meminjamkan telinga untuk berkongsi rasa itu.Inilah sunnatullah yang harus kita telan walaupun agak pahit.Bila datangnya ujian sebegini,persiapakanlah diri untuk menjadi seorang muslimah solehah..solehah tak akan datang sendiri tapi ia perlu dicari bukan dengan hanya berduka dan meratap pada yang telah hilang,rasa itu hanya pinjaman..kelak ia akan ditarik oleh yang Maha memberi cinta.

Kita mungkin hanya mampu memberi coretan nasihat,tapi diri yang menanggung harus lebih tabah dan kuat.Pentaskanlah teater hidupmu seakan kamu tak punya apa-apa masalah yang harus digalas,kita masih punya banyak isu ummah yang harus menjadi priority..anggaplah ini hanya cebisan penderitaan rakyat di syria,lontaran peluru kesakitan umat palestin untuk kita sama-sama merasa betapa bukan hanya kita yang diuji sebenarnya walhal mereka diluar sana lagi perit penderitaanya.Jika kepedihan itu masih lagi menjadi bayang-bayang,sujudlah pada Dia yang Maha mendengar dan mengetahui tiap sesuatu kerana Dia yang mencipta kita jadi Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.."kita minta apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yang kita perlu"

"Love the love you have",cintai sepenuh hati apa yang kamu ada sebelum mencari yang belum pasti bila akan muncul insyaAllah bahagia menanti di hujung sana.Yang berlalu kita jadikan satu pengajaran dan pengalaman untuk kita menjadi seorang hamba yang lebih baik dari semalam.."In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning".

~ Perkongsian bukan bermakna diri ini tersangat bagus tetapi untuk kita sama-sama berkongsi rasa manisnya perjalanan untuk ke SANA~
 *credit to my sis BULAN..be strong as well as you are ok..:) 070312




No comments:

Post a Comment