Saturday, January 26, 2019

Dia Si Baju Biru

Dia tergamam, dari jauh nampak dah bayang yang dia dok tunggu-tunggu. Sampai sekarang masih tak tahu nama empunya badan. Biarlah orang kata kalau suka orang dalam senyap dapat pahala. Tapi ragu-ragu juga dengan hati sendiri ni, suka sebab rupakah? Atau suka sebab cintakah? Atau suka ni ada tarikh luput tiba masa habis dan hilang macam fatamorgana. Complicated sungguh seketul darah yang nama hati tu.

 "Nur next kelas kau pukul berapa ?" Senyap.
 "Oii Nur apa teruk sangat kau berangan ni?" Sambil mata Jihad melilau tengok sekeliling. Aku rasa dia dah mula curiga sebab mata aku tak lepas dari si baju biru tu.

 "Haahh?? Apa dia kau tanya tadi? Haa kelas kanpukul 2 kejap lagi." Entah la kalu melibatkan dia si baju biru tak semena-mena aku jadi gelabah. Makin parah dah aku rasa hati kebudak-budakan aku ni. Tapi kakak housemate aku dulu ada cakap kalau umur baya-baya kami bukan rasa cinta yang dah boleh nak rasa galas tanggungjawab tapi more to cinta suka-suka aku tengok kau sebab kau lawa sebab kau segak jadi aku suka la. Entah la, sejauh mana benarnya teori tu.

 "Kau melilau tengok sape ni?" Jihad pun turut memandang ke  arah si baju biru tadi yang dah jauh dari kornea.

 "Takde sape la Ji. Kau jangan memandai-mandai." Peluh nipis keluar dah jugak dekat dahi. Cuak.
Dia belok ke bangunan library. Selalunya jarang student lepak dekat library awal-awal sem macamni. Kalau tak hujung semester yang nak kejar due date assignment atau nak tasmi madah quran takpun nak settlekan final year project  memasing jangan harap la nak nampak muka student dalam library. Tapi si baju biru ni lain, awal sem dah menapak ke library pelajar cemerlang la tu. Ewahh kau Nur kalau dah suka tu semua nampak baik saja. Gatal. Esok nak ajak Jihad study dekat library la, killing two birds with one stone orang kata tapi buang  tabiat kalau buat perangai macamtu sebab mana ada lecturer bagi tajuk assignment lagi. Kau tipu kan Nur walhal dah ada satu subjek yang dah dapat tajuk. Suka sangat buat kerja last minute.

Sedang study subjek perbandingan agama Jihad menyiku.  "Nur kau kenal budak yang melintas depan kita tadi?"

Budak mana pulak si Jihad ni. Budak? Budak sekolah? Budak café? Atau budak yang tengah tunggu result SPM yang kerja dengan pakcik Zamri tokey  mini mart kolej ni? Tapi Jihad ni ada kuasa nujum pak belalang.

" Alah that guy yang pakai baju biru tadi tu."
"Uhukk mana Ji?" Serius aku tak sengaja tersedak depan Jihad sebab baru lepas teguk air bandung. Refleks tak boleh nak sekat.

"Tersedak kuat sangat ada pape la tu. Baik kau mengaku cepat." Telunjuk Jihad straight saja ke arah muka aku. Mana boleh mengaku. Tidak sekali-kali. Suka tu biar tak dicerita takut timbul fitnah bertimpa-timpa. Syaitan bukan boleh duduk diam. Prinsip aku, selagi boleh simpan kejap aku akan ikat rapi. Selagi tidak berakhir kepada satu ikatan yang bernama nikah.

"Kau kalau bab mengenakan orang nombor satu kan Ji. Aku kenal pun tidak dengan budak yang kau maksudkan tu." Berdebar juga sebenarnya tapi kena pandai tutup.

Boleh tahan juga orangnya. Tinggi tak gelap tak cerah  sangat just nice chef Wan kata. Dalam bab study pun boleh tahan, dean list memanjang. Nampak gaya kalau dah minat sanggup cari tahu apa saja pasal orang tu. Kalau tak cari sampai dapat bukan Jihad la namanya. Kebetulan kakak roommate Jihad sekelas dengan si baju biru jadi tak susah la kalau nak tahu macam-macam. Lain dengan perwatakan Nur, dia kalau nak tanya pasal lelaki memang tidak akan. Dekat fb pun berderet lelaki yang request friend tapi dia ignore sebab tak berminat.

"Boleh tahan kan Nur orangnya. Kalau la dia jadi bakal suami aku. Sujud syukur aku buat kenduri 7 hari 7 malam. Bukan 7 hari aku mencintaimu dah tapi sampai jannah saya sanggup cintakan awak." Jihad buat drama swasta sambil tangan digawangkan ke atas. Sakit kepala betul aku dengan Jihad ni.

 Minggu lepas dia dok ushar classmate kitaorang, dia cakap segak macam prince William. Tu tak masuk semester lepas dia minat dekat Shahril budak IT yang kebetulan tolong betulkan laptop dia. Boleh serba serbi dia kata, nak letak dalam senarai calon pilihan. Inilah kot yang Kak Fia bagitahu aku yang suka tu boleh berubah-ubah mengikut kematangan seseorang.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Semester dah makin ke tengah dan semua orang memang tak menang tangan nak siapkan assignment, nak study untuk kuiz lagi, presentation lepas tu masuk la fasa exam midterm. Semua orang macam tak cukup kaki tangan dah aku rasa. Dan acap kali juga dia bertembung dengan si baju biru tu. Maklumlah kebetulan kami satu bangunan cuma fakulti je lain-lain jadi tak susah pun kalau nak jejak si baju biru. Tapi sejak kelas dah makin rancak dan kerja pula bertimbun dah jarang sangat nampak si baju biru. Satu benda yang aku perasan dia dan warna biru sangat setia. Warna kegemaran agaknya. Dan semua warna baju yang dipakai si baju biru satu persatu Jihad boleh sebut. Soft blue, dark blue, electric blue, royal blue, blue black, biru kelabu, biru hijau dan seangkatan biru la cuma sesekali ada la nampak dia pakai warna-warna lain. Selain perwatakan yang Jihad bagitahu aku dulu, ada beberapa benda tambahan yang aku tahu. Si baju biru tu budak four flat dan memang tak terlawan la. Okay satu kredit aku bagi, exco jabatan pula menambahkan wow aku. Rupanya dia dah semester lapan, senior rupanya. Jadi sangat mustahil la kan kalau orang tak kenal empunya nama si baju biru. Ihsan Haneef Hashim.

" Nur malam ni ada ceramah tau dekat surau fakulti, geng exco buat ceramah sempena maulidurrasul. Jom."

Dia menanda muka surat bacaan yang terhenti. Boleh juga, lama sangat dah tak join program rasanya sejak tak menang kaki tangan siapkan assignment dengan homework.

" Alright pukul lapan kau ambik aku eh. Kita isyak dekat sana je nanti. Dorang ada buat solat jemaah sebelum ceramah."

"Hurmm okay." Rumah Jihad selang satu lorong saja on the way nak ke kuliah jadi memang lalu depan rumah dia pun kalau nak kesana.

Dia capai kunci myvi atas meja study. Housemate lain dah pergi dulu sebab ada yang jadi AJK program. Dia malas nak maghrib dekat sana sebab balik kelas pun dah lewat sangat tadi. Dia pandang cork board atas meja study yang bertanda : Checklist [ ISTIQAMAH + ISTIMRAR ]. Dia bukan seorang yang boleh dibanggakan kalau bab akhlak senang cakap takla se-solehah  orang-orang kat luar sana tapi dia tengah, sedang dan akan cuba untuk jadi lebih baik. Memang asalnya dia budak sekolah agama, tapi tudung labuh tu sekadar di sekolah, stokin tu hanya kalau ada program di sekolah dan baju kurung kalau pergi kenduri atau ada event yang dia perlukan untuk berpakain secara formal the rest jeans, tshirt long sleevs, sopan sikit pakai blouse, skirt jarang-jarang kadang-kadang macam kata P. Ramlee. Dia mengeluh, jadi bila dah sampai ke tahap ni dia kena istiqamah dan istimrar. Sebab tu kalau ada sebarang ceramah atau apa saja aktiviti keagamaan dia akan cuba untuk hadirkan diri. Dia ingat lagi ustazah Hasanah pernah bagitahu, hati akan mati kalau tak selalu diberi peringatan.

Sedang dia mengunci pintu rumah telefon berbunyi. "Ha Ji aku otw, kau tunggu." Senafas saja dia bersuara malas nak dengar Jihad membebel.

"Ji dewan dah hampir penuh la tak dapat nak duduk saf depan."

" Alah tengah-tengah ni pun dah okay. Kita nak dengar ceramah bukan nak tengok orang yang bagi ceramah kan. Hehe." Jihad ni memang suka buat lawak tak kelakar.

" Ji aku rasa tu kau bukan aku, kau kan suka tilik orang dekat-dekat. Sape nama classmate kita yang kau duk ushar tu? Ha Rahmat yang kau kata dah tiga semester dia sekelas dengan kau. Apa kau cakap? Jodoh kan." Hahaha. Ambik kau Ji suka sangat menyakat aku.

" Syhhhh kau ni tak boleh simpan rahsia la Nur. Choii !" Jihad mencebik muka.

" Dahla ceramah nak mula dah." Mana pula cermin mata aku ni. Nur mengagau dalam beg galas atas riba sambil mata menyelongkar isi beg. Tiba-tiba Jihad menyiku sambil berbisik.

" Weh Nur, Ihsan salah sorang penceramah la." Ihsan mana pula Jihad ni. Takkan la Ehsan classmate kitaorang. Tak ada bakat boleh berceramah aku tengok budak tu. Pemalu yakmat. Tapi lepas lima saat dia panggung wajah refleks. Ihsan ! si baju biru. Ha jumpa dah cermin mata. Kredit terhadap Ihsan bertambah satu. Dan bila moderator perkenalkan tentang latar belakang penceramah bertambah lagi kredit. Si baju biru ex Darul Quran bermakna seorang huffaz. Bukan sekali wow dah aku rasa tapi bertambah-tambah wowww. Rasa macam segala point yang dia sampaikan tu gedebuk menghempap diri sendiri.

"Sewaktu Abu Bakar sakit teruk dipukul , ditendang, disepak dipijak dan diheret disebabkan mengisytiharkan keislaman beliau lalu Abu Bakar pengsan sangat lama. Dan tahukah sahabat sahabiah sekalian apa soalan pertama yang ditanya Abu Bakar apabila dia sedar dari pengsan? Dalam keadaan nak mati, luka sana sini, berlumuran darah, bengkak dan lebam soalan pertama yang ditanya bagaimanakah keadaan Rasulullah?? Kecintaan apakah ini? Dalam keadaan sakit pun Abu Bakar masih fikir tentang keadaan Rasulullah berbanding dirinya sendiri. Sahabat sahabiah, tak rasa malu ke kita hari ini? Kita malu dan takut nak tinggalkan benda-benda maksiat, takut nak tutup aurat sebab takut dan risau dengan pandangan manusia. Sedangkan Abu Bakar sanggup mengambil risiko nyawa untuk mewar-warkan keislamannya. Itulah sebenar-benar cinta. Sedang kita berpuluh tahun hidup tapi masih ada rasa takut dan waswas. Usah bimbang bila Allah dah janjikan syurga yang terbentang untuk kita. Jalan terus saja. Saya tinggalkan sahabat-sahabiah dengan satu kata-kata Ibnu Athoillah : Kunci segala kebahagiaan adalah dengan mengikuti nabi s.a.w. ketahuilah engkau akan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah hanya andai engkau mengikuti sunnah nabi s.a.w. sebaliknya andai engkau tidak mengikuti nabi s.a.w Allah akan meremehkan engkau!" 

Terngiang-ngiang isi yang disampaikan si baju biru. Bagai langit dengan bumi kalau nak banding aku dan dia. Bukan macam pipit dengan enggang tapi macam besi berkarat dengan perak. Balik dari ceramah dia menambah sticky note di cork board atas meja study : [ SYURGA-JALAN TERUS ].

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Semua orang dah masuk fasa tak sempat bernafas sebab lagi sebulan setengah final exam akan tiba. Sedang khusyuk dia buat nota di café sambil-sambil tunggu kelas seterusnya dia disapa.

"Nawal bila awak free akak ada hal nak bagitahu. Nanti kalau free call akak eh." Kak Nad menyapa. Dia memang suka panggil aku dengan nama Nawal, sedap katanya nak lain dari orang. Dia student master, ibu anak satu. Aku takla kenal rapat sangat tapi selalu la juga join program sama-sama. Suami dia pun student master juga kalau tak silap. Jihad kat sebelah dah buat muka pelik.  Aku lagi la dah macam-macam lampu kelip-kelip keluar atas kepala.

" InsyaAllah kakesok boleh kot, petang saya free."

"Okay cantik. Nanti whatsapp je nak jumpa dekat mana, akak kena pergi dulu ni nak ambik Aqeef dekat taska. Assalamualaikum." Aku hantar langkah kak Nad dengan penuh tanda tanya. Jihad dah kalut melebihi aku dah.

"Apesal Nur? Ke ada yang berkenan dekat kau ni. Haha ."

"Ishhh kau jangan merepek la Ji. Kau teman aku eh esok."

"Sorry la esok tak boleh. Aku ada hal dengan roommate aku. Dia ajak teman baiki laptop dengan syahril. Sorry again."

"Hurmm kalau macam tu takpe la. Aku pergi sorang."

Aku tercengang. Terkedu. Specchless. Terkejut serta segala perkataan yang sama dengannya. Aku cuba cerna satu persatu kata-kata kak Nad siang tadi. Dekat Jihad pun aku tak sempat nak bercerita lagi. Mahu terkejut beruk aku rasa kalau Jihad tahu. Aku sendiri pun macam susah nak terima dek akal lagi.

" Akak nak sampaikan hajat orang ni."

" hajat apa pula ni kak? Kalau nak minta tunjuk ajar dalam study saya takde la terror sangat sikit-sikit boleh la."

" Ada orang merisik awak melalui akak dan suami." Okay aku rasa kelam sekejap. Rasa ni bukan mimpi sebab aku dengar je suara orang kiri kanan dalam café ni.

" Errr siapa pula kak?" Aku rasa takde pula aku dok hulur salam perkenalan dengan mana-mana lelaki. Dekat facebook pun aku tak approve request dari lelaki.

Ihsan Ehsan classmate aku ke? Bila pula Ehsan kenal suami kak Nad ni. Tapi kak Nad ada kuasa macam Jihad boleh baca fikiran aku.

" Ihsan Haneef. Awak fikir la dulu. Jangan terburu-buru buat keputusan. Tanya pendapat family dan hati sendiri. Jangan lupa istikharah."  Senafas saja kak Nad menuturkan. Oh Ihsan bukan Ehsan. Aku sering tertukar nama dua makhluk ciptaan Allah tu sebab bunyi nama serupa cuma ejaan saja berbeza. Aku bertambah kelam ni. Boleh tak nak kata ini mimpi di siang hari atau sekadar gurauan. Buntu bercampur seronok.

Bukan ini ke yang kau nak Nur? Tapi kenapa rasa serabut. Haihh perasaan ni rasa keliru. Rasa ngeri pula bila mengenangkan terma kahwin-suami-tanggungjawab. Jaga diri sendiri pun kacau bilau inikan pula nak ada suami, keluarga sendiri. Kacau aihhh. Aku pun tak pasti berapa lama masa yang dibagi tapi sejak peristiwa tu dah genap seminggu berlalu. Jihad pun kalut bertanya tapi aku cakap takde pape pasal study saja. Si baju biru pun dah lama aku tak nampak. Teringin bertanya dengan kak Nad macamana dia boleh kenal dan tahu tentang kewujudan aku dalam kampus ni. Aku tak serupa orang lain yang aktif persatuan itu ini. Usai maghrib dia berteleku lama atas sejadah sambil mata ralit mengamati bait-bait ayat 49 surah Adz-Dzariyat : Dan segala sesuatu kami jadikan berpasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah. Mungkin kahwin tu menjadi sebab untuk aku lagi dekat denga Allah. Ya Tuhan berilah petunjuk.

"Nur lamanya tak nampak Ihsan. Dekat library pun lama dah tak nampak." Jihad memecah sunyi dalam kereta dan waktu tu dekat selekoh. Nasib baik aku tak brek mengejut tengah jalan. Jihad ni pun satu solan takde muqaddimah. Haah lama dah tak nampak si baju biru tu. Sakit ke dia? Takkan la. Kak Nad takde bagitahu pape pun.

"Kan dekat final dah. Study dekat rumah la tu agaknya. Esok kita cari dia eh. Hehe."

"Eleh berlagak la kau nak cari dia. Tengok dia pun kau dah gelabah. Nur kau ada sorokkan sesuatu dari aku eh?" telunjuk Jihad lurus saja kearah muka aku.

"Mana ada la Ji. Curious betul kau dengan aku kenapa?" Huhh. Jihad macam dapat hidu sesuatu saja gayanya. Sabar Ji. Tiba waktu akan aku khabarkan.

Pejam celik sebulan dah berlalu. Family aku sangatlah tak kisah kalau kahwin time belajar. Dorang lagi suka katanya. Aku sendiri? Hati nekad dah ni nak langsaikan hutang jawapan dengan si baju biru.  Aku tunggu Kak Nad di pondok dekat taman kampus. Kak Nad senyum dari jauh. Baru saja dia melabuhkan punggung atas bangku, telefon dia berbunyi. Belum sempat aku nak buka mulut. Dan selepas itu aku rasa macam nak pitam.

"Maaf Nawal akak terpaksa balik sekarang ada emergency. Abang Ziyad  kena pergi hospital hantar Ihsan accident jadi akak kena jaga Aqeef."

"Teruk ke kak Nad?"

"Abang Ziyad cakap Ihsan mengalami pendarahan teruk. Maaf Nawal akak kena balik sekarang." Dan kak Nad hilang dari pandangan. Aku cemas.

Malam ni Jihad tidur rumah aku sebab kami nak cover satu chapter yang lecterur tak ajar dalam kelas. Aku tak dapat fokus dan Jihad perasan akan perubahan itu. Otak melayang terhadap si baju biru. Bersedia atau tidak Jihad harus tahu tentang itu.

"Ji Ihsan accident sekarang dalam wad ICU." Aku cuba control riak wajah.

"Hahh? Bila? Teruk ke?" Nyata Jihad yang tiada apa-apa itu juga terkejut. Aku? Tak tahu nak terjemah perasaan sendiri.

Suara aku dah bergetar tinggal airmata saja bersedia untuk tumpah. "Siang tadi Ji. Kak Nad cakap dia tengah survive 50-50. Hati dia cedera teruk kesan hentakan." Aku dah tak mampu nak tahan airmata. Esakan menggila aku membuatkan Jihad pelik. Takkan kalau sekadar kawan aku down sampai begitu sekali. Jihad pegang bahu aku.

"Nur aku faham kalau kau nak rasa sedih sebab dia Ihsan Haneef yang semua orang kagum dan kenal tapi aku rasa airmata ni bukan sekadar kawan kan?"

Aku tunduk dalam esakan. "Haah Ji. Dan the rest aku ceritakan dekat Jihad hinggalah saat yang aku nak akhiri semua penantian si baju biru. Ya Allah airmata ini murah sangat.

" Esok kita pergi lawat dia, kalau nak pergi sekarang pun for sure tak boleh masuk sebab dah lewat malam ni. kau sabar la Nur. Kak Nad tak update pape ke?"

" Kak Nad bagitahu takde perubahan. Semua family dia dah datang sini."

 Dinihari itu dia sujud lama memohon keselamatan si baju biru dan minta kekuatan hati sendiri. Dan dia larut dalam zikir sehingga ke subuh. Usai subuh dia capai telefon atas meja study. Data internet di on dan berderet mesej dalam group whatsapp mengucapkan takziah. Hati dah rasa berdebar lain macam. Jari laju  scroll screen mencari bukti siapa yang dikatakan telah pergi. Subhanallah. Air mata laju menuruni pipi, telekung dia basah. Lama kelamaan tangis bertukar menjadi esakan hingga mengejutkan Jihad yang sedang lena.

" Ihsan dah dah takde Ji." Jihad memeluk aku kejap. Rasa tak kuat. Rasa ralat sebab belum sempat hajat itu bersambut dia pergi dulu.

Sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman aku bertemu mak Ihsan.

" Ihsan beria-ria sampaikan hajat nak kahwin sebelum exam final tapi katanya belah perempuan belum bagi jawapan jadi makcik suruh dia sabar jangan terburu-buru. Kahwin bukan benda main-main yang boleh dibuat remeh." Airmata yang diatahan menitis juga.

Tambah mak Ihsan lagi" Dia selalu puji Nur. Katanya Nur perempuan baik-baik. Dia risik melalui Nadiah dan Ziyad. Makcik redha dengan pemergian Ihsan." Sayu saja suara mak Ihsan. Ye la mak mana tak sedih kalau hilang anak sebaik Ihsan.

Rupanya rasa suka yang bertanda bukan main-main. Suka tidak semestinya harus ditayang. Dan cinta tidak semestinya harus memiliki. Manusia merancang dengan cita-cita dan harapan yang menggunug tapi Allah merancang dengan cinta. Dan kini tiada lagi kelibat si baju biru. Tiada lagi baju biru itu baju biru ini. Yang ada cuma doa dari jauh untuk si baju biru. 

Wednesday, January 4, 2017

jeda..




Jeda..
Hilang yang bukan sekejap bahkan makan tahun
Hidup kita kena tinggalkan seketika apa yang dirasakan tidak perlu.

Bukan saja-saja
Tapi punya sebab dan alasan

@sinaranbulan

Friday, October 9, 2015

kalian


Untuk kalian yang pernah singgah dalam hidup yang pernah menjadikan diri ini insan yang pandai mendepani hari,
orang yang mampu bangkit berdiri
hamba yang boleh belajar dari silap sendiri.
Kalian sebahagian dari sejarah kenangan dan kisah silam.
Kalian adalah pengalaman dan pengajaran yang pernah singgah.
Pernah terfikir yang sebenarnya hidup tak menjanjikan apa-apa tanpa taqdir dan keyakinan dari Allah.

Kejar Tuhan dan kau akan dapat segala yang kau inginkan.
Kenal Tuhan dan kau mengenali seluruh pelusuk bumi dalam sedar atau tidak.
Cinta Tuhan dan kau akan dapat seluruh cinta yang berpaksikan Tuhan.
Hidup kita sebenarnya kelam tapi dengan kembara mengenal Tuhan itulah yang menjadikan hidup ini berwarna dan bercahaya.
Dalam kau mengharap tangan-tangan manusia hadir menggapai ketika karam kau lupa Tuhan dulu yang sentiasa ada.

Dalam kau meminta manusia yang merawat rasa luka ketika kecewa 

kau lupa Tuhan yang terlebih dulu meyelimuti rasa itu dengan cinta yang tak berbelah bagi.
Kadang-kadang kita lalai yang kembara mencari Tuhan itu tak pernah bernoktah.
Kadang-kadang kita lupa sebab kita rasa diri kita dah cukup hebat untuk berhenti mengenal Tuhan.

Untuk kalian yang pernah singgah dalam hidup ini,
kalian yang banyak mendekatkan diri ini dengan Tuhan.
Kalian yang banyak mengajar tentang hidup ini tak selalu indah.
Kalian yang banyak mentafsirkan yang kuat itu perlu belajar dari selemah-lemah kudrat.
Kalian yang banyak meninggalkan kesan.
Tuhan hadirkan kalian untuk aku merasa yang manusia perlu sesekali diuji
Tuhan mahu aku merasa pahit manis kehidupan
Tuhan ingin aku jadi manusia yang reti membezakan
Antara kaca intan atau berlian
Aku syukur ditemukan dengan kalian walaupun saat kalian datang dan hilang aku menyalahkan.

Aku syukur dihadirkan manusia seperti kalian walaupun saat kalian pergi tanpa pamitan aku berharap kalian akan memandang ke belakang
Aku selalu berharap kalian akan muncul walaupun harapan itu palsu
Sebanyak mana aku bicara tentang kalian
Aku selalu berharap kalian dalam jagaan Allah selalu
Aku ingin mengenal kalian lagi
Aku ingin semangat dari kalian lagi
Tapi aku tahu itu tak mungkin dan takkan pasti.

Kerana taqdir kalian datang dan pergi
Kerana taqdir kalian singgah dan hilang
Kerana taqdir aku yakin yang kalian bukan  milik aku
Kerana taqdir aku yakin jika kalian ditemukan kembali selepas pernah menyinggah dulu.
Kalian adalah kenangan
Kisah silam
Pengalaman
Pengajaran
Dan yang pasti kalian salah satu sebab mengapa aku terus mengenal dan mencari Tuhan
Tanpa henti
Tanpa penat.




kalian & kenangan...

Sunday, June 28, 2015

kau redha kau yang dapat



Bismillah…

Kalau bercakap pasal redha,pasal syukur,pasal ikhlas dan pasal sabar memang satu kembara yang tak ada hujung.Setakat mana kita mampu buktikan yang kita sebenarnya telah lunaskan hak-hak yang ada pada benda-benda yang disebutkan tadi.Kalau sekadar nak ungkap budak darjah satu pun boleh tapi kita nak rasa tu meresap bukan sekadar ungkapan kosong.Meski banyak-banyak hal yang jadi kau boleh nak cakap kau dah redha dah boleh terima dan kau ikhlas terima semua ni tapi sebenarnya bila deeply kau masih ada rasa menyalahkan.Kau salahkan keadaan kau salahkan orang sekeliling kau salahkan diri sendiri dan yang paling teruk bila kau terus menerus menyalahkan Tuhan,kenapa mesti begini dan begitu kenapa mesti aku bukan orang lain kenapa mesti sekarang bukan nanti-nanti je.

Eh cuba kau fikir dalam-dalam kalaulah Allah uji kau sepuluh tahun akan datang kau rasa masa tu kau dah boleh nak ikhlas redha sabar dan syukur dah ke.Tak pasti kan?So tak ada beza pun bila ujian tu datang setidak-tidaknya kau lebih cermat dan berhati-hati dengan kehidupan yang akan datang,sekurang-kurangnya awal-awal lagi kau telah ditarbiyah.

Bukan nak tuding jari atau mengata siapa-siapa atau nak jadi manusia judgemental tapi sedang memotivasikan diri sendiri tentang betapa ujian tu bukan hanya untuk orang yang tiada apa-apa bahkan ujian tu melebihi jangkauan kita seorang manusia dan hamba.Kita rasa macam tak mampu nak lalui tapi kita lupa Allah dah titipkan siap-siap untuk kita.

“Allah takkan bebankan seseorang melebihi keupayaan hambaNya”

Bukan tak rasa menyalahkan,bukan tak rasa nak meraung ke apa tapi setiap kali rasa tu datang selalu pujuk hati dan diri apa beza kita orang beriman handle masalah dengan orang yang tak ada iman.Kena letak tu sebagai batas dan kayu pengukur,beza seorang melayu dan seorang muslim.Jangan ingat kalau kita ikhlas redha dan syukur tu jiran sebelah rumah kita yang dapat.Tidak,kau dapat ganjaran sorang-sorang sebab kau mampu lawan semua tu dari meracun diri sendiri.

Allah tarik satu nikmat tapi lepas tu Allah ganti dengan nikmat lain walaupun kadang-kadang nikmat yang Allah bagi tu kau tak nampak.Contohnya Allah uji kau dengan nikmat sihat tapi Allah ganti dengan nikmat ketenangan dengan sebab kalu selalu ingat Dia,kau tak nampak ketenangan tu tapi rasa tu kau tak mampu nak cerita dan kongsi pun sebab terlampau ohsem sangat.

Kalau soal bersyukur dengan ujian,kau pernah dengar orang cakap syukur sangat aku diuji hari ni?bukan nak kata tak ada,ada…cuma mungkin nanti kita akan confuse sendiri tapi percayalah itulah yang seharusnya bagi seorang muslim.Bukan hanya syukur dengan benda-benda yang seronok dan best je tapi dalam segenap hal kena bersyukur,dan untuk meluah dari hati syukurnya saat aku diuji tu bukan senang macam menelan ubat yang pahit.Bila hikmah tu datang masa tu kita akan nampak pentingnya untuk syukur tu diungkapkan awal-awal lagi sebabnya tiada satu pun yang datang dari Allah tu sia-sia.

Dan untuk mengelakkan hati ada rasa yang tak best pasal ujian Allah  tidak dapat tidak kena latih diri sentiasa ingat Allah.Tadabbur alam,mengenali Allah dengan sebenar-benarnya,yakin dengan setiap janji Allah.Orang yang sentiasa ingat Allah takkan ada rasa menyalahkan takkan menyoal macam-macam dan waktu tu datanglah ujian berupa apa pun dia akan redha ikhlas sabar dan syukur sebab dia ada Allah yang lagi istimewa dalam hati dia.


Tuesday, November 18, 2014

#noktah 1




“dulu kau cakap takkan berhenti separuh jalan,sekarang ni apa dah jadi…takkan kau nak stop macam tu je.”
“Aah chill la,takkan sebab benda tu kau terus nak stop tanpa toleh belakang lagi dah”tujuh suara yang lain mengiakan.
Nafas ditarik hembus perlahan “aku pun tak tahu nak cakap macamana ngan korang tapi yang pasti aku dah tak boleh nak hadap lagi benda ni.”
“Alah bukan teruk sangat,still boleh nak cover lagi.”Dz bersuara sambil dipersetujui enam yang lain.
“Korang tak paham apa yang aku rasa.”keluhan dilepaskan.
“Aku pun pernah gagal,Dell dulu pun pernah je carry subjek sejarah islam ,Nor tu hampir nak kena ada tutor khas tau tak pasal dia selalu fail dalam math,ni ha si Jihan dan Joy kena buang dari group projek sebab eksperimen dia tak pernah menjadi,Dz ngan kyra pun pernah kena repeat year” Azi bersuara memberi semangat,tujuh yang lain hanya memandang.
“Takpe la korang,aku gerak dulu kalau ada pape just text aku.”beg galas dibawa kebahu dan langkah dibuka tanpa menoleh pada tujuh mata yang memandang.
“Pa’an! Pa’an! Pa’annnnn!”makin panjang Dz melaung.

“Dah la Dz,tak payah la kau dok melaung khusyuk sangat..bagi dia masa,dia terkejut lagi tu lama-lama nanti ok la.”giliran kyra mencelah.
“Aku kesian la dengan Pa’an,dulu dia tak pernah down sampai macam ni…dia tak pernah putus asa,tak pernah hilang semangat.Dia yang banyak bagi semangat dekat kita semua.”Dell bernada sayu.
“Hurmm…dah la,dah dekat maghrib ni esok kita try pujuk dia lagi,ha kau Joy nanti tengokkan la dia kau kan roommate dia kalau pape text kitaorang.”Nor bersuara seakan memberi mandat.
“Oraittt..that’s my job kan.”jari telunjuk dan jari hantu diangkat ke dahi tanda patuh pada arahan.
Enam yang lain hanya senyum tawar,sambil membuka langkah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Habis mengaminkan penghujung doa,telefon atas meja bergetar tanda ada mesej masuk.
“Joy,kejap lagi aku balik bilik…kau jangan risaukan aku okey.
Serentak dengan itu,enam yang lain jugak menerima mesej yang sama.kiriman hanya dibalas okey dan ikon smile dengan alasan tak nak terlalu menekan si pengirim.Enam minit berlalu,telefon bergetar sekali lagi.
“Weh! Aku risau la dengan si pa’an tu,kau tak tanya ke dia pergi mana?dengan siapa?okey ke tak? Nor bersuara kekalutan.
Aku laaa budak ni,sabar je la bebanyak!
“Woiiii mak cik! Boleh tak kau bagi salam dulu,sakit la telinga aku dengar suara kau dah macam tarzan tu.”
“Aku dah bagi la salam dalam hati tadi,kau je tak denga..eheee”
“Dah dah dah…kau tak payah nak loyar buruk sangat,pasal pa’an tu kau jangan la risau sangat.Dia kata dia okey so maksudnya dia okey la tu,aku tak nak nanti kita dok tanya macam-macam dia lagi stress.”
“Hurmm..kita kena bagi dia semangat dan harapan,yang dia tu masih ada peluang untuk melangkah.”Nor kembali bernada sayu.
“InsyaAllah kita cuba sehabis yang mampu,aku sanggup je kalau terpaksa naik turun HEP untuk tolong dia.”
“Aku pun sama!”
“Kita doa la sama-sama Pa’an tu kuat,bukan senang dia nak telan for the first step benda ni.”
“InsyaAllah,wehh okey la..nanti kalau si Pa’an dah balik text kitaorang,assalamualaikum!”talian diputuskan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Ya Allah! Kuatkanlah hambamu ini,tiada daya dan upaya untuk aku melawan setiap ketentuan dan takdir yang Engkau tetapkan.Aku lemah ya Allah,aku tak kuat…”tangisan makin lebat jatuh ke pipi.Dalam sedu sedan dan tangisan doa diaminkan jugak.Monolog hati menjengah lagi…

“Macamana nak hadap muka mak ngan adik beradik,saudara-mara,orang keliling,kawan-kawan dan yang paling utama aku malu.Saat perjuangan di titik terakhir aku terkandas rebah,mana nak letak muka dengan rasa malu yang menebal...Allah !”dah berjuta keluhan terluah.
Tangan dibawak ke dada tanda menyabarkan hati dan iman yang semakin menipis,airmata tak usah cerita dah bergelen-gelen diluah sendirian.

“Dz,kyra,azi dah selamat menjadi pendidik membawa haluan sendiri.Nor walaupun nampak macam tak pernah nak kisah hal sekeliling tapi kalau risaunya datang mengalahkan mak-mak yang risaukan anak tak pulang petang,dalam kalut-kalut dia dah selamat jadi akauntan.Joy,jihan,Dell masih bergelar student sama macam aku tapi tak lama lagi merdeka la diaorang sebab dah nak jadi graduan.Aku! tak tahu nak cakap kemana haluan lepas ni,bangun ke aku?atau aku terus rebah tanpa berpaling belakang…huhhhhhhh”hati meluah lagi.

Muka dikalih dari karpet ruangan surau,jam ditangan dikilas.
“Laaa...dah lewat rupanya,patut la dah takde orang.”dia bicara sendirian.
“Mesti joy risaukan aku,nak-nak geng lapan sunti tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan aku.”
Aku sebilik dengan Joy pun sebab jadi pekerja sambilan sementara menunggu result final keluar,kata Joy masa ni la nak kumpul kekayaan walaupun gajinya bukan la berkepuk-kepuk sangat.Bila dah tercampak dekat Bandar satelit ni dapat la sekali-sekala outing ngan geng lapan sunti sebab dorang memang kerja dekat sini.
sila dialih dan langkah dibuka.Tangan dibawa kedada.
“Pa’an! Kau kena kuat,kau harus kuat,kau mesti kuat…ingat tu!!”Dia senyum untuk ketenangan itu walaupun tak tahu berapa hari atau jam atau minit atau mungkin saat ia mampu bertahan.

Krekkk..daun pintu terkuak
“Assalamualaikum”
“waalaikumsalam…Pa’an kau okey ke tak ni?”
Senyap,sepi,diam tak berkutik menggigit suasana…selepas lima minit.
“Aku okey,korang takyah la risaukan aku insyaAllah aku okey.”
“Bagus la kalau macam tu,kau takyah la fikirkan sangat pasti ada jalan.Semua geng lapan sunti sanggup tolong kau no matter what benda yang kena lalu sesorang tu.”
senyum tawar ditarik segaris,mata basah lagi.
“Aku dah mintak cuti ngan Mr.Chan,esok aku nak balik kampung.”
“Hurmm...okey jugak tu,at least kau tenang sikit bincang ngan mak dan abang-abang kau macamana.InsyaAllah aku rasa dorang akan paham cuma kena ambik masa.”
Terasa tangan halus Joy mengesat sisa airmata di pipi dan bahu ditarik kejap tanda memberi sokongan.
“Terima kasih Joy sebab faham aku!”Suara dah makin serak sebab terlalu lama menangis.
“Takde apa la weh,kau susah aku tolong aku susah kau pulak tolong nanti.Kalau tak apa guna kawan kan.”
“Ada-ada je la kau ni!”Senyum walaupun tak semanis kurma.
“Ha senyum macam ni kan manis,eh kau dah makan ke?dah solat ke?”
“Dah,aku makan roti je tadi pastu aku pergi surau solat dekat sana.”
“Kau pergi mandi,lepas tu tido esok kan nak berjalan jauh.”
Bagai budak kecik yang patuh,kaki diangkat menuju kebilik air.Joy menarik fonsil di atas bantal,text diataip “pa’an dah balik,dia okey je korang takyah risau la..ha lagi satu esok dia balik kampung” box send ditekan,whatsapp laju menjalankan tugas menyampaikan pesanan kepada enam yang lain.
“Aku,Dz ngan kyra anta dia la esok  dekat bus stop lagipun esok kami kelas tengahari”Azi offer diri.
“Ok...nanti aku bagitau dia.”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Dah sampai bagitau kitaorang.”Kyra bersuara.
“Kau jaga diri naik bas sesorang ni,kalau ada yang kacau backhand je sedas...hahaha”Azi buat lawak biawak pagi hari.
“Apa-apa jadi nanti mesej kami takpun whatsapp je senang”Mode serius menjengah.
mata berat lagi,murah betul airmata ni.
“InsyaAllah,doakan aku!Mintak maaf semalam buat korang risau,aku okey je.”
“Takde apa la,no hal pun.”Tiga suara menjawab serentak.
“Meh peluk sikit..haha.”Azi ni memang la tengah-tengah alam dia nak buat drama.
“Korang ni macam la aku nak balik tak datang sini dah…okey la aku gerak dulu”
“Okey,kirim salam mak kau!”Tiga suara menyahut.
“Mak,adik balik hari ni!”Butang send ditekan.Dua minit mesej berbalas
“Bagus la adik balik,along dan angah ada kat rumah cuti.”
Ya Allah!kuatkanlah aku nak mengadap muka mak,along,angah,alang.

Lima jam perjalanan yang memenatkan,entah apa kena tetiba pulak bas tu rosak tengah jalan.Tiba dekat terminal alang dah tercegat menunggu,tak cukup tanah dia membebel penat katanya menunggu aku yang tak nampak bayang.
“Lambat lima minit memang alang tinggal dah tadi...mimpi apa balik tegah-tengah bulan?bankrupt la company dapat pekerja macam ni.”
“Bukan salah orang la,bas tu yang rosak tadi by the way balik sebab rindu dekat mak la.”Mood still paras dingin beku.Tangan alang disalami tanda hormat.
“Okey ke tak ni?macam tak okey je...bulan mengambang eh?hahaha..”
“Ngada-ngada!nak kena backhand ke?orang okey la...jom la balik,penat sangat dah ni.”
Dengan alang je la yang aku agak okey sikit kalau nak banding dengan adik beradik yang lain.Sebab alang memang selalu sokong apa saja yang aku nak,selalu backup aku kalau ada yang kacau,yang suka melayan aku buat kerja gila.Aku tak risau dengan alang tapi along,angah.Boleh ke dorang terima yang satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ni gagal?boleh ke dorang faham situasi aku?.Dorang semua study tahap tak ingat,along seorang engineer lepasan university of Aberdeen,angah pulak seorang akauntan di bank terkemuka dan alang pulak baru je habis diploma pendidikan lanjutan ijazah dan bakal seorang guru.Aku??Tak tahu dimana penyudahnya,mak maafkan adik sebab gagal menjadi anak kebanggaan mak.

“Uikk,tuan puteri tak nak turun ke?berangan tak habis-habis la budak ni.”Suara alang mengejutkan lamunan.
“Suka hati adik la,bukan guna imaginasi alang pun...kecoh je!”Seboleh mungkin resah cuba dicontrol.Dari jauh dah nampak mak menunggu dimuka pintu.
“Kamu berdua ni kalu berjumpa,tak boleh duduk diam cuba la jadi matang sikit alang,adik!”
Tangan mak aku salami dan aku raih mak dalam dakapan.
“Adik takpe muda lagi,alang ni yang kena matang dulu!”Kening double jerk membentuk tanda aku menang dan alang beriak muka bengang.
“Mak sihat?mak okey tak dok ngan alang?ke alang yang buli mak mintak itu mintak ini.”
“Biasa la alang kamu tu,badan kecik tapi nafsu makan macam tong drum.”mak senyum dekat alang.
“Mana ada mak ni,tu menjana tenaga namanya.”alang memang tak nak kalah.
“Along,angah mana mak?tak nampak pun.”
“Along pergi kebun belakang rumah kait buah rambutan,makan ramai-ramai malam nanti lagi seronok katanya.Angah kamu pergi jumpa kawan lama dia si Duan,cuti jugak agaknya.”
“Ooo…adik naik bilik dulu mak,nak mandi nanti adik turun tolong mak masak makan malam eh.”
“yela…”

Sedang semua orang duduk lepak depan tv,aku membuka bicara.
Hati berbisik menenangkan “Bismillah…”
“Mak..adik ada benda nak cakap.”
“Adik nak kawen eh?haha”Alang mencelah,aku diam kaku dan tangan mula terasa kedinginan.
“Result dah keluar!”
“Alhamdulillah,mesti adik lulus cemerlang kan?”Mak bersuara dan empat yang lain menanti butir bicara dari aku.
“Adik gagal kena repeat lagi satu semester”Senafas aku menjawab.
Mak diam.Along,angah jugak sama berdiam diri.Hanya alang je yang bersuara memecah kebisuan.
“Alah tak pe la dik,bukan lama mana pun…tak rugi pun belajar lama-lama.”
Jawapan alang sikit pun tak menenangkan dengan kebisuan semua yang lain.Air mata terasa ringan ditubir mata.
“Mak yakin dengan adik,adik dah usaha sungguh-sungguh kan mungkin tak ada rezeki lagi.”
Jawapan melegakan dari mak sangat-sangat mendatangkan haba kedinginan kaki dan tangan.Tapi bala lain pulak yang menyinggah.
“Kalau study betul-betul tak adanya gagal mak!”Jawapan sarkastik along sangat menusuk.
“Orang lain boleh je kenapa kita tak boleh?tu la banyak main sangat…sibuk nak kerja la itu la ini la”Angah membidas keras dengan mata tak berganjak dari tv.
Oh air mata kembali murah tanpa isyarat ia jatuh,kaki diangkat.Dari dalam bilik aku dengar mak bersuara.
“Kamu pun along,angah nak cakap apa-apa cuba berlapik sikit.Cuba berlembut sikit dengan adik tu.”
“Tu la mak manjakan sangat anak bongsu kesayangan mak tu!”
“Ini bukan soal manja atau tidak,mak tak pernah bezakan kasih sayang untuk anak-anak mak tapi setidaknya bagi la semangat dekat adik tu sikit.Patut la dari petang tadi muka tak ceria macam selalu.”
“Kejap lagi Alang pergi tengok adik la mak.”
“Cakap elok-elok ngan adik tu.”
“Okey..”Alang senyum.

 Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Kau rasa pa’an okey tak?”
“InsyaAllah okey kot,aku tak risau dengan mak dia tapi ngan abang dia yang berdua tu strict semacam je nak-nak kalau bab study”Dell menjawab dengan muka beku.
Fonsil jihan bergetar dan tangan laju menyambar objek depan mata.
“Siapa yang message?”
“Hurmm…Dz,jap aku tengok”
Assalam makcik,ngah watpe weh..kau tak call Pa’an ke?apa cerita agaknya dia kat sana.”
“Dz tanya pasal Pa’an”sambil tangan laju menekan touchpad.
Ntah la tapi rasanya insyaAllah dia ok,jangan risau la...lagipun taknak la kacau dia dkt kg tu,bagi dia masa”Box send ditekan.Tak seminit mesej berbalas
“Ha ye la…nanti kalu ada pape gtau kami,ni Azi ngan Kyra krm salam kasih sayang..haha :D”
“Kesian dekat Pa’an,bukan dia tak struggle masa study hari tu.”Dell mencelah
“A’ah!dia kan selalu study ngan kita,tapi nak buat macaman Allah nk uji dia.Kita doakan yang terbaik untuk dia.”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bunyi ketukan mematikan lamunan,airmata disapu.Pintu bilik terkuak dan muka alang menyapa pandangan.
“Adik tak tidur lagi?”
“Belum mengantuk lagi.”
“Hurmm…adik okey tak ni?”Alang membuka topik penuh hikmah
“InsyaAllah adik okey,kalau tak okey pun adik cuba untuk okey.”Haishh mata rasa pedih kembali.
“Macam tak ikhlas je…huhu”
Senyum plastik,sebab tak reti nak berlagak tenang kalau jiwa raga memang dah kelaut.Alang diam dengan kebekuan reaksi aku.
“Adik jangan la ambik hati dengan kata-kata along ngan angah tu.Dorang cakap je tapi tak maksudkan pape.”
“Tak pe adik terima,kalau alang nak cakap apa-apa pun adik terima.”mata dah tak boleh menahan.
“Adik jangan cakap macam tu,alang akan sentiasa sokong adik walau apa pun keputusan adik sebab alang hanya ada sorang je adik.”
“Adik tahu adik tak bijak dan pandai macam along,angah,alang.”tone suara mula bertukar.
“Adik jangan la cakap macam tu,kita semua sama je.”
“Alang dengar kan tadi apa along ngan angah cakap.”
“Alah adik jangan la ambik hati,biasa la masa tengah marah macam-macam ayat boleh keluar.Kan Allah penah sebut dalam Al-Quran,alang lupa dalam surah apa tapi mafhum dia
“Allah tak pernah pandang apa jua result seseorang tapi Allah pandang usaha.Adik jangan la sedih,insyaAllah Dia dah aturkan yang terbaik untuk adik.”Alang memberi semangat penuh pengharapan.Sebab tu aku lebih senang dengan alang,dia tak pernah berkeras dalam apa jua keadaan.
“InsyaAllah,adik akan cuba!”
“So apa plan lepas ni?”
“Adik ingat nak tukar course,nak ambik islamic studies lagipun adik ada sijil STAM boleh apply semula tapi adik kena mula dari step bawah la.”
“Tak sayang ke,study tinggal langkah terakhir je lagi nak habis?”
“Adik dah fikir masak-masak,dah solat hajat insyaAllah adik takkan menyesal.Mana tahu dengan course yang baru ni adik makin dipermudahkan dan mungkin jugak ini first step untuk adik jadi seorang yang lebih baik.”
“Hurmm…Alang sokong apa jua keputusan adik cumanya adik bincang la dengan mak.Cakap la elok-elok dekat along ngan angah nanti insyaAllah dorang paham.”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Mak  ! adik dah fikir masak-masak,adik ingt nak tukar course”Aku memecah kesunyian pagi
“Adik dah fikir masak-masak ke?mak tak kisah apa saja keputusan adik asal yang terbaik mak sokong.”
“Dah mak,InsyaAllah adik tak menyesal dengan apa yang adik dah pilih ni.”
“Hurmm…adik cakap la dengan along dan angah nanti,marah dorang sekejap je tu.”
“Yela mak…petang karang adik bagitau dorang.Mak doakan adik ye.”
Mak senyum melapangkan keresahan yang berbuku.
“Mak sentiasa doakan kejayaan anak-anak mak.”Belakang mak aku peluk erat.
“Aiii mak buat drama apa ngan adik pagi-pagi ni...hehe”Alang menjengah masuk ke dapur.
“Alang ni memang tak boleh tengok orang senang,dengki la tu.”
“Huhhh tak ada maknanya alang nak jelous-jelous la,alang dah selalu bermanja-manja ngan mak.Kan mak?haha”
“Ishhh kamu berdua ni macam budak-budak la”mak menepis tangan alang dari mangkuk mee goreng.
“Kot ye pun nak makan tunggu makan kejap lagi,pergi panggil along dan angah kita sarapan sama-sama.”
“Yess boss”jari membentuk bagai seorang yang patuh kepada arahan kapten.Alang hilang dari pandangan.
“Mak adik takut la!”
Mak memandang mata aku yang hampir berkaca,arif sangat dengan sifat aku nampak keras walhal mudah sangat meleleh.
“Tak apa,mak faham anak-anak mak macamana.Marah along dan angah tu tak lama.”
Aku hanya berdiam diri.
“Bila along dan angah nak balik KL mak?”
“Pagi esok katanya,lagipun dorang balik naik satu kereta.”
“Adik cuti sampai bila ni?”
“Adik cuti dua hari je,nak cuti lama-lama pun tak boleh.Mak ! kawan-kawan adik kirim salam.”
“Waalaikumussalam.Lama dorang tak datang sini,ajak la dorang datang rumah boleh mak masakkan macam-macam untuk dorang.”
“InsyaAllah mak kalau dorang ada cuti,masing-masing dah kerja susah la sikit nak berkumpul macam dulu.Tinggal adik je kan mak still belajar lagi.”Tanpa sedar keluhan terluah,terlupa mak ada depan mata.
“Dik Allah bagi ujian bukan nak suruh kita mengeluh,ingat kan apa arwah ayah pesan.Kita hidup ni nak buat apa-apa pun jangan ambik kira pandangan orang,Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia.Selagi tak bertentangan dengan syariat,selagi kita rasa boleh dan mampu teruskan.Mak tak nak kalau anak-anak mak berjaya dunia tapi akhirat entah kemana,kalau boleh dua-dua biar seimbang baru la hidup diberkati.Dalam dunia ni anak-anak la aset mak dan ayah dekat sana nanti.”Alahaiii mak bersuara sebak,salah aku la ni buat mak teringatkan arwah ayah.
Alang menyampuk dari belakang “Dik,adik kena sabar mana tahu Allah nak uji adik sebab Dia nak adik jadi lagi baik dari sekarang.”Tangan alang mendarat dibahu memberi semangat.
“Eh jom la makan,alang dah lapar ni!Along dan angah dah tunggu dekat meja makan.
Aku mencebik “ishhh kacau la alang ni adik nak feeling-feeling pun tak boleh!”
“Tak payah nak feeling sangat la,tak cantik tau kalau adik menangis..buruk!!!”
Hampir je aku nak terbaling senduk plastik ni dekat alang mak berdehem kuat.Mahunya aku ni tak ganas sebab yang lain semua lelaki,nasib baik la masuk sekolah menengah mak daftarkan sekolah agama yang lagi menyerlahkan keayuan sekolah tu semuanya perempuan tapi bila dah semua perempuan kadang-kadang hilang keayuan sebab suara seakan mengalahkan tarzan bila satu sekolah tu perempuan tak ada lelaki yang nak mendengar selain dari ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu lelaki.

Mulanya memang decide nak cakap kat along dan angah petang karang tapi bila fikir balik pagi-pagi subuh ni kan pintu rezeki cakap je la terus masa sarapan ni.
“Along,angah..adik nak tukar course,nak ambik Islamic studies.”senafas je.Senyap tak ada respon,bunyi pinggan dengan sudu je yang berirama.
“Nak ambik course apa?”Angah bersuara bertanya.Tak apa la walaupun dingin at least ada respon.
“Adik nak ambik course Syariah dan Undang-undang.”
“Ermm..universiti yang sama ke tak?”
“Kena tukar Uni sebab kat situ tak ada Islamic studies.”
“Dah habis fikir ke?karang nanti tak boleh nak adapt pulak ngan course baru ni.”Angah bersuara dingin.Mak dan alang diam je bagi peluang yang lain bercakap.Along macam tu la dingin,senang cakap dia payah nak terima hakikat.Kalau ikutkan hati nak je aku sentap tapi sebab fikir abang sendiri dan rasa hormat ni masih ada aku telan je la.
“Suka hati adik la,kalau mak setuju angah tak boleh nak cakap apa.”Dingin tapi tak apa la setidaknya ada jugak respon dari angah,along????
“Along pulak macamana?”
“Suka hati adik la nak buat apa!”Along membuka langkah meninggalkan meja makan.Mak pandang mata aku yang berkaca,boleh nampak sinar mata mak mengucapkan supaya aku sabar.Inilah rezeki aku di pagi hari,rezeki sabar.

Dua hari kat kampung ni terlupa pulak geng lapan sunti.Fonsil ditarik dan touch pad menjalankan tugas.
Assalam korang,apa kaba?sori lama tak msg korang..lupa,aku kat sini ok je Alhamdulillah.Mak dan alang aku ok je cuma along la,angah still blh bwk brbncang tapi along dingin lagi ngan aku.Tak pe la korang doakan along aku lembut hati.”box send di touch menghantar pesanan yang sama kepada tujuh yang lain.
sepuluh minit fonsil bergetar pesanan Dell dibukak “wsalam kami semua sht je,kau memang dh balik kg lupakan terus kami kat sini.Huh,tak pe la nanti kau cakap la semula dkt along lama-lama nanti dia faham la tu…jangan putus asa okey,jaga diri!^^”

“Dik!along ada dekat laman depan,pergi la bincang elok-elok ngan along”Mak menyapa dari belakang
“Hurmm...nanti kacau pulak mood puting beliung along.”
“Ishhh tak baik la cakap along macam tu,buruk macamana pun dia wali adik nanti.Pergi cakap elok-elok ngan dia.”
“Bukan ke dah cukup baik ayat adik sebelum ni.”
“Dik,apa mak pesan...sabar kan,dah pergi!”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Along!adik mintak maaf sebab tak mampu jadi adik kebanggaan along,mak dan semua orang.”Automatic mood dingin aku hilang tapi along diam tak berganjak dari paper yang dibaca.
“Adik janji akan berusaha bersungguh-sungguh lepas ni demi semua orang.”Airmata laju dipipi,aku rindu arwah ayah bila situasi macam ni berlaku.Alang tak ubah macam ayah sebab tu aku senang dengan alang.
“Jangan buat sebab orang dik,tapi berusaha kerana Allah.Bila buat kerana orang kita jadi tak ikhlas nak buat sesuatu.”
Alhamdulillah along bersuara akhirnya,walaupun ayatnya agak pedih.
“Adik tak boleh nak carry course tu kan?kenapa sekarang baru nak bagitau?kenapa dulu tak cakap kat along?Along tahu,dulu adik ambik course ni sebab terpaksa kan?Sebab along yang suruh kan?”
Bunyi tangis aku lagi hebat memecah suasana.Along bersuara lagi.
“Along tahu result adik cukup-cukup makan pun sebab tak minat kan?”
“Adik dah cuba untuk minat bidang tu tapi jiwa adik tak boleh nak terima.Adik gagal!”
Tangan along mengusap belakang aku yang terhinggut menahan esak,aku sayu sebab along la ayah lepas arwah ayah tak ada.Aku tak pernah salahkan dia dengan kegagalan ni.
“Adik mintak maaf long sebab tak boleh nak jadi seperti yang along mintak.”
“Tak pe la,mungkin Islamic studies lebih kena dengan jiwa adik.Along berdiam diri bukan sebab marah tapi along kesal sebab terlalu mendesak adik sebelum ni.”
“InsyaAllah adik takkan hampakan semua orang lagi lepas ni.”Along menyapu sisa airmata dipipi aku.

Alhamdulillah lega terasa bagai hilang beban batu atas kepala.Sujud penuh kesyukuran sebab semua orang memahami keadaan dan situasi aku,syukur ya Allah.
“Mak esok adik dah nak balik KL.”
“Cuti dah habis ke?”
“Aah mak,luse adik dah masuk keje balik.”
“Tiket bas dah beli ke?”
“Belum lagi,esok la beli dekat terminal terus...selalunya ada je kan kalau bukan weekend.”
“Dik…ikhlaskan niat kerana Allah walau apa pun yang kita buat,ingat mak pesan.Kita takkan hidup dek puji dan takkan hina dikeji,arwah ayah dan mak sayang anak-anak sama rata taka da belah bagi.”mata mak basah.
“InsyaAllah mak,adik ingat pesan mak!”Tangan mak aku tarik,air mata sangat murah.
“Mak doakan adik kuat nak hadapi semua ni!”
“Mak yakin dengan adik dan adik berhak untuk berjaya macam orang lain jugak,mak selalu doakan anak-anak mak.”
Satu perasaan halus menyelinap masuk,dan aku harus buktikan pada mak yang aku boleh.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Bila kau register?” Joy membelah kekhusyukan aku yang sedang fokus pada skrin tv.
“Minggu depan,16 hb.”
“Mak kau tak hantar sekali ke?”
“Tak pun,alang je yang anta.Mak aku bukan larat sangat nak naik kereta jauh-jauh so alang je la yang teman aku register nanti.Alah lagipun aku bukannya tak biasa,bukan langkah permulaan pun so tak ada la cuak sangat pun.”
“Ermm ...yela,aku nak teman pun taka da cuti kau paham la kan Mr.Chan tu asal aku ambik cuti je membebel tak cukup tanah.”
“Alah takpe la lagipun alang ada,bukannya aku sorang pun.Kalau sorang pun sampai sana nanti aku cari kawan sorang,bak kata orang FFB…friends for benefit”hahaha
“Banyak la kau punya benefit…ooooo,selama ni kau kawan ngan kami cari untung je la.Banyak cantik muka kau”Joy bikin lawak kura-kura.
“Apa salahnya kan…hahaha”
“Pa’ann…….”ketawa aku mati
“Apa dia??”Aku sebak sebab aku tahu masa ni masing-masing mood tengah blues.
“Aku yakin kau boleh,jangan putus asa ok.Kalau ada pape kau cerita je dekat kami,stress belajar ke kau rasa down ke kami sentiasa ada untuk kau.”Airmata laju menitis,dan aku memang dapat merasai kesedihan yang teramat.
“Tapi kalau ada lelaki gatal kacau kau,bagi je backhand sedass….hehe”Joy menyambung sambil airmata laju menuruni pipi.Cuba menutup rasa sedih itu tapi dia tak berjaya pun sebenarnya.Selang beberapa ketika telefon berlagu.
“Assalamualaikum.” Dengan suara yang masih dengan sisa tangisan dia memulakan bicara.
“Adik tak sihat ke??Serak je suara mak dengar.”
“Tak ada pape la mak…adik ok,baru bangun tidur tu suara lain sangat ni.Ada apa mak call adik ni?”
“Tak apa kalau sihat,nanti kalau sakit masa nak daftar nanti kan susah.”mak memang la suka ambik berat terlebih macam aku ni budak kecik sangat.”Dah kemas ke semua barang yang nak dibawa?jangan dah sampai sana nanti itu tertinggal ini tak ada,mak bukan tak kenal adik tu.”Mak membuka kata yang berjela.
“Dah siap semua dah…nanti kalau ada yang takde adik beli la dekat sana.”
“Adik jaga diri,jaga iman,jaga solat dan yang penting jaga hubungan dengan kawan-kawan.”Mak berpesan entah kali keberapa.
“InsyaAllah mak!Alah adik kan dah biasa masuk belajar sebelum ni,beza tempat je pun mak.”
“Yela…Ahad nanti alang pergi KL ambik adik,nak pesan apa-apa tak dari kampung?”
“Tak ada la kot mak…cuti nanti adik balik la.”
“Ok la mak nak tidur dah ni,anak dara jangan tidur lambat sangat.Jangan lupa baca Al-Mulk,assalamualaikum”
“InsyaAllah…waalaikumussalam.”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Alang adik cuak la,dah la semua dah macam gaya ustazah pilihan je.”
“Kesitu pulak adik ni,jangan fikir bukan-bukan la.”
“Nanti mesti senior adik lagi muda dari adik kan?Lepas tu semua orang mesti pelik kenapa adik baru sambung belajar.”Aku bersuara sambil mata menyorot beberapa orang pelajar yang lalu lalang.
“Alah nak risau apanya,ada orang yang lagi tua sambung belajar ok je dorang...hehe”
“Alang ni orang serius la dia buat main pulak!”Alang memang kadang-kadang ayat ke laut jugak.
“Yela-yela!Alah adik nak risau sangat kenapa,umur adik ngan dorang tu bukan jauh sangat pun bezanya.Dalam tahap darah tengah manis lagi la…haha”Memang tak boleh pakai alang ni kalau bercakap,kadang-kadang kalah mak kalau dia bersuara dan kadang-kadang jugak ke laut.Dia memandang semua orang dekat situ,rata-rata dressing bertudung labuh berjubah atau baju kurang.Dia pandang diri sendiri,berbaju kurung cotton bunga halus dengan shawl yang tak berapa nak labuh sangat tapi aurat still dijaga.Sejak sebulan lalu hands sock dan sarung kaki dia tak pernah tinggal dah cuma untuk jadi macam dorang yang kat depan mata ni belum tercapai lagi.
“Dik dorang dah panggil masuk dewan taklimat tu.”
“Ouchh…alang ni,sakit la!”Hidung aku yang mancung ni menjadi sasaran alang.
“Sape suruh berangan,alang panggil buat tak tahu je.Dah kena masuk tu ha ada sesi taklimat.Alang gerak dulu la.”Perasaan sebak sebab terasa seolah-olah aku sendiri.
“Yela alang kirim salam dekat mak,jaga mak elok-elok jangan dok mintak macam-macam pulak!”Sebenarnya lebih kepada menyembunyikan perasaan sendiri.
“Adik pun jangan nakal-nakal,tapi kan dik ramai ustaz-ustaz dekat sini boleh la pilih sorang buat adik ipar alang…haha.”
“Mengada!Dia yang gatal nak kahwin sebenarnya kan?nanti adik cakap dekat mak.”
“Eh alang pulak yang kena!Dah kena masuk dewan tu,dari tadi organizer tu dok melaung-laung.”
“Yela…alang hati-hati drive,dah sampai nanti bagitau adik.”Aku menyalami tangan alang dengan penuh hormat.Nak tak nak dia tetap abang sedarah dan sedaging aku walaupun kadang-kadang ayat dia tak boleh pakai.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dah hampir sebulan dekat sini,geng lapan sunti pun selalu call takpun kadang-kadang mesej bertukar cerita bertanya khabar.Katanya rindu sebab aku tak ada kalau selalu outing,yela aku jauh ke utara dan dorang pulak dekat selatan sana.Along dan angah kadang-kadang datang jenguk aku dekat sini kalau dorang outstation.Mak la yang paling sejati selalu call aku,kadang-kadang tak sempat berangkat sebab busy semedang dari pagi sampai malam.Alang pulak mak cakap membina badan menternak lemak sambil-sambil tunggu panggilan posting,tapi sebenarnya dia ada jugak mengajar tusyen untuk budak-budak yang nak SPM.Dan dalam waktu yang hampir sebulan tu banyak benda yang telah mengubah aku dari seremeh benda kepada sebesar-besar benda.Tak tahu la apa tanggapan dorang nanti,aku tak pernah bercerita pun dekat geng lapan sunti ataupun mak sendiri sebab aku nak tunjuk sendiri nanti bila bersua depan-depan.Kalau along dan angah datang pun aku pesan supaya rahsiakan dulu.Betullah kata-kata alang dulu,memang ada je yang lebih tua dari aku mendaftar sekali.Dan dekat tempat baru ni ketenangan tu luar biasa,mungkin ni la hikmah yang aku tak nampak.Kehidupan pun makin tersusun dan banyak jugak la perkataan-perkataan arab yang dia kena gali balik sebab dah lama tinggal.

“Alhamdulillah!Anak mak dah banyak berubah.”
 “Ni semua kan berkat doa mak!Mak doakan adik istiqamah ye.”
Akhirnya mak dah tengok sendiri perubahan aku masa cuti midsem minggu lepas.Mak gembira dengan perubahan aku,walaupun tak ada la gaya ustazah sangat.Cukup sekadar tudung bidang enam puluh dengan baju kurung dan kadang-kadang kalau malas dia sarung je jubah.Senang dan cepat.

kebetulan geng lapan sunti cuti masa aku balik kampung hari tu,so kami bikin siri jejak kasih.
“Eh ni betul ke Pa’an?Aku tak silap orang ke?Azi sakan dok gelakkan aku tapi aku tahu dia bergurau je.
“Aku ni belum jadi alien lagi la!Takyah korang nak pelik sangat”
“Lain sungguh kau sekarang ni,agaknya aku kena tukar gaya bahasa dah bila bercakap dengan ustazah ni…haha”Nor mencelah.
“Banyak la kau punya gaya bahasa,korang ingat aku masuk pertandingan gadis melayu ke?nak kena pelangkung jugak la sorang-sorang!”
“Haihh ganas lagi rupanya ustazah ni.”Dell menambah
“Erk…dengan korang je aku mencemar duli,haha.”
“Tapi kan kami gembira sebenarnya kau dah boleh move on,kau dah boleh lalu semua dugaan tu dan yang paling kami tak sangka kau dah banyak berubah.Alhamdulillah.”Giliran Joy pulak menambah.Dan yang lain turut mengiakan.
“Tu la syukur sangat-sangat sebab kalau nak banding dengan orang lain bukan besar mana pun benda yang terpaksa aku gadai untuk mendapat benda yang lagi besar nilainya.Aku tak kehilangan sesiapa,aku tak ditinggalkan,aku tak jatuh miskin,aku tak jatuh sakit so sikit sangat la rasanya.”

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pejam celik dah habis lima semester dah aku dekat sini,kaki memang dah boleh bertapak kukuh.Geng lapan sunti pulak walaupun semuanya dah bekerjaya,dorang tak putus-putus bagi semangat itu dan ini.Azi dan Dz dah posting jadi guru tetap dan dah selamat dah jadi isteri orang tunggu masa je nak jadi mak orang.Dell pulak jauh lari dari bidang bila dia decide nak jadi guru tadika,tapi tak apa la belajar tu kewajipan mencari ilmu tapi kerja haruslah kena dengan jiwa katanya.Joy,Jihan,Kyra tengah tunggu panggilan dan masing-masing tengah bina jati diri jadi manusia bersabar.Along dan angah pun masing-masing dah jadi bapa orang,mak la yang paling gembira sebab dah jadi nenek.Alang pulak dah selamat posting dekat utara ni,selalu jugak la dia datang jenguk kalau hujung minggu dan tak semena-mena boleh pulak melekat dengan senior kolej aku ni merangkap ketua usrah aku.Hujung tahun ni dorang bakal diijabkabulkan.Aku pulak bukan tak ada senior-senior yang berpangkat adik-adik ni bertanya pasal jodoh tapi malas nak fikir lagi,kalau ada..ada la,yakin dengan aturan Allah.Bukan tak terfikir langsung tapi Allah itu lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.Bibir tersungging senyum sendiri ditepi tasik kolej yang terbentang,damai dan tenang.Bibir berbisik perlahan..

“Alhamdulillah…untuk nyawa dan kehidupan yang tak tersangka ini.”




Oct 2013-Nov 2014
CikBulan
Aku,mereka dan kenangan.
Hidup satu realiti melebihi jangkauan!

Wednesday, August 20, 2014

kerana kamu kesayangan Allah

Bismillah thumma Alhamdulillah,

Dah lama cikbulan tak jejak tanah blog tercinta,bukan tak rindu dan bukan tak rasa nak berkongsi macam-macam tapi kekangan masa yang sentiasa mencemburui.Dah habis satu sem rupanya berkelana di bumi sendiri setelah tanah itu aku tinggalkan(dejavu sangat).Baki syawal pun ada lagi sebelum nak bercuti pendek sekali lagi.Apa lengah lagi laju-laju habiskan puasa enam kalau sesiapa yang belum buat lagi.

Dalam pada menjejak hari yang berliku penuh mehnah dugaan dan cabaran terlalu banyak selitan kisah suka duka sebagai abdi.Berjeda di tengah hak dan tuntutan yang tak tertunai,terasa diri tak lagi seperti dulu.Sungguhlah hidup ini tak mudah,terselit susah payah untuk meletakkan diri sentiasa redha.

Kenapa tajuk kerana kamu kesayangan Allah?? Ya kita semua kesayangan Allah,hidup dalam helaan nafas yang Dia sentiasa ada di sisi dan hidup ini bukan sendiri.kita harus yakin dan percaya,meletakkan kepercayaan dibawah tadbir Allah.Kamu dihujani bebanan bukan untuk diratap ditangis dan diteriak seolah itulah yang paling mendera jiwa.Tidak ! itu hanya cebisan,yang kalau dihitung dan dikira itu terlalu sedikit.Tidak setimpal untuk kita dikatakan beriman kalau hanya berpeluk tubuh dan nafsu beraja.Melalui sesi pentarbiahan,menghilangkan kesan karat degil yang ada bukan mudah.Untuk kamu menjadi kesayangan Allah jugak bukan mudah,ada mahar yang harus kita gadaikan.Kesenangan,itulah yang harus digadaikan dalam pengembaraan seorang insan untuk menjejak kasih sayang dan redha Allah.

Sedih saat diuji?? Ya itu pasti.Aku dan kamu pernah merasa cuma bagaimana cara kita diuji itu yang membezakan.Terduduk dan menangis lantas mempersoalkan kenapa aku?kenapa tidak dia?kenapa tidak mereka?Sebab kamu kesayangan Allah,hanya itu sebabnya.Lunakkan hati untuk redha dan ikhlas.Bukankah kita tidak akan dibiarkan mengaku beriman selagi kita tidak diuji.Dimana pembuktiannya,dimana penyerahannya untuk kita kembali selepas diuji dalam keadaan tidak sedikit pun takdir disoalkan.Dalam keadaan kita redha pada qada' dan qadarnya.Hamba lemah untuk menilai,hamba tiada ganjaran untuk setiap rentetan duka yang kita alami,hamba bukan sesiapa untuk berkata itu dan ini tentang kita.Percayalah dengan Dia,kasih sayang yang melebihi segala tidak terhitung dengan buih di lautan sekalipun.

Selangkah kamu mendekat,seribu langkah Dia menghampiri.Itu yang Dia inginkan,mendekati dalam keadaan penyerahan yang sebenar-benar menyerah jasad dan jiwa.Usah meratap terlalu lama,satu masa bila kamu tersedar kamu akan merasa satu kerugian yang teramat tanpa keuntungan.Tiada keuntungan?? Tak jugak...you got an experience to giude you in the future,He will not leave you without any goodness.Every singles pain will make you stronger than before.

Allah sayang sebab tu Dia bagi ujian
Allah kasih sebab tu kamu dipilih
Hamba lemah menerima itu biasa
Hamba hanyut dalam duka itu luar biasa
Kamu kesayanganAllah
Kamu kesayangan Rasulullah
Kamu kesayangan aku
Kamu kesayangan cinta hatimu
Kamu kesayangan seluruh isi dunia dengan kebaikan yang ada padamu
Usah bersedih terlalu jauh dan lama
Kerana kamu sentiasa dalam jagaan Dia,dalam kasih aku dan mereka.

~Tatkala hujan yakinlah harapan itu selalu ada dan doa itu bakal dijawab~


SinaranBulan@Ciksa
24 Syawal 1435

Friday, June 20, 2014

pesimis



Bismillahirrahmanirrahim..

Kekok nak memulakan bicara sebab dah lama sangat sepi dan sunyi dari mencurah didada blog.Allah tak bagi peluang dan izinkan,disibukkan dengan hal-hal lain yang tak menang tangan tapi bak kata sorang abang ni "sibuk pun sempat lagi langkah melencong tempat lain".Sungguh kalau satu benda yang jadi tu bukan dibawah kudrat aku pun,unplanned.

Dah hampir setengah tahun aku dekat sini,kadang-kadang ada yg bertanya macamana rasanya berubah suasana dan tempat.Maybe feeling better than before.Jatuh bangun turun naik makin dah nak jadi sebati,moga Allah akan mudahkan jalan aku dengan cara yang tak tersangka.Kadang-kadang percaturan Allah terlalu kompleks untuk disingkap,aku tak mampu nak selak tabir takdir dan mengubah tadbir Allah tapi berdoa itu tetap perlu konsisten.

Sementelah aku manusia yang sangat biasa,hati terusik dengan soalan dan andaian yang tak berasas dan bukan dibawah kudrat aku nak mengubah semuanya.Soal jodoh,pasangan,nikah kahwin seoalah menjadi soalan silibus bila bersua mata dengan sesiapa diluar sana.Aku tak ada jawapan sedangkan setiap kali diajukan soalan spesis yang sama,mereka-mereka kalau boleh inginkan jawapan "ohh saya akan kawen bulan depan,ohh saya dah bertunang,ohh saya dah berpunya" and etc.Ketahuilah adik-adik,pakcik makcik dan kakak-kakak sekalian ada ke orang dalam dunia yang tak nak kepada sebuah perkahwinan.Yakin yang kita semua dalam jagaan Allah,dalam perhatian Allah,dalam waiting list Allah untuk diberi kenikmatan,untuk dihadiahkan sebuah kebahagiaan yang kalaupun derita yang kita dapat pasti ada asbab dan hikmah yang bukan sedikit.

Dalam pada seluas langkah aku berlari dari tohmahan dan hinaan orang(bunyi macam sangat teruk pulak kan tapi itulah hakikat) ia datang dari atas  bawah  kanan kiri depan dan belakang.That was I this is me and I never regret with everythings was came to me.Dan orang yang tak pernah kata tidak dengan setiap keputusan aku,kegagalan aku,jatuh bangun aku adalah mak.Aku bertahan sebab dia dan aku menjadi seorang yang positif jugak disebabkan dia,aku tak perlu kisah dengan pesimisnya manusia sekeliling.

Kalau macam tu dulu takde la jadi macam ni,kalau pilih yang tu mesti takkan jadi macam ni,kalau tak buat yang tu mesti macam ni dan macam-macam lagi la.Itu kalau,yang pada hemat aku kalau tu persis satu perkataan syaitan yang membelenggu tangkai jiwa.Tepis jauh-jauh sebab tak penah mendatangkan hasil berlipat ganda pun dalam pengembaraan aku bergelar manusia.Takde benda yang jadi bersebab dengan kalau tapi Allah dah tetapkan sejak di luth mahfuz,sejak kita belum menjengah dunia jadi kenapa mesti manusia keliling sangat pesimis dengan setiap ketentuan orang lain.

Ketahuilah aku hanya insan kerdil yang sama macam orang lain,kita nakkan kesempurnaan,kita nakkan kebahagiaan in and out,kita nakkan keselesaan tapi kita hanya mampu merancang dan berusaha.Kalau Allah berkehendakkan aku dijemput Ilahi saat ini benda tu pasti akan jadi,tidak akan dilambatkan dan dicepatkan walau sesaat.