life lesson # be more thankful to Allah
Bismillah..
Ok tarik nafas bagi oksigen berjalan dekat otak untuk lancarkan minda berfikir.Bila tatap balik dah lama rupanya menyepi,eh macam la ada orang nak baca kan.Ermm idea pun dah banyak yang luput tarikh lupus,sebab terlampau banyak alkisah yang terjadi so kita sharing yang paling latest la dekat sini.
Macamana la nak bagi hilang perasaan tersepit ni,bukan tersepit celah pintu atau tingkap tapi tersepit antara dua.Dua jalan,dua pandangan,dua cabaran tapi nak satu solution je.Nampak remeh tapi berat jugak kalau sampai sudah memang payah nak rungkai satu-satu.
Rasa nak marah diri sendiri jugak,kenapa masa buat tak pernah nak fikir banyak kali.Kenapa masa benda belum jadi tak nak fikir dengan kewarasan dan kerasionalan yang ada,sekarang nak menyesal pun tak guna sebab benda dah berlaku.Rasa macam nak hempuk-hempuk je kepala sebab dah terlangkau bertindak dan membuat keputusan,nak turn back payah nak teruskan macam biasa lagi payah dan nak buat keputusan super duper double triple lagi payah.Ha tengok betapa kepayahan sedang membelit diri saat ini.Lagi payah dari tersepit pintu,lagi payah dari terjatuh tangga.
Kalau nak menyorok dalam peti besi sekalipun masalah bukan boleh hilang,kalau nak neutralkan macam tak ada masalah pun payah sebab muka tak boleh jadi neutral dengan adanya asid dan alkali sebagai punca masalah.Ishh memang ayat pun macam bermasalah,so gunakan pepatah hidup kena sentiasa senyum walau ribut taufan datang melanda.
Dalam hidup kadang-kadang kita harus akur pada kehendak dan kemahuan yang ada pada orang lain dan diri sendiri,akur yang jangan sampai tersungkur.Ikhlas tu ada bersama redha,insyaAllah Allah tahu apa yang terbaik dan tidak untuk kita.Kita boleh kawal hati kita tapi kuasanya Allah yang pegang so sentiasa bersangka baik dengan Allah.Harus tiada lagi istilah tersepit selepas keputusan yang berulang kali telah difikirkan berlapikkan akal bersulam emosi sebagai penambah rasa.Ya sekali lagi Allah tahu apa yang terbaik,kita nak cari redha Allah jadi kita harus redha dengan apa yang Allah datangkan untuk kita capai target sebuah keredhaan.
Akhir kalam sirru 'ala barakatillah untuk exam yang tak jauh lagi bakal mendekat,kerana Allah itu tak berjarak walau seinci keep praying and keep balancing.
#untuk rezeki yang sedikit,aku selalu meminta untuk jadi manusia yang bersyukur dan untuk rezeki yang melimpah aku selalu meminta jangan jadikan aku manusia yang kufur !
riba bersila tunduk meratap dalam sujud kasih ditagih.
No comments:
Post a Comment