Saturday, February 2, 2013

teguran itu kerana sayang

Bismillah..

Alhamdulillah,syukur sekali lagi Allah beri peluang dan ruang untuk terus menghirup udara di atas muka bumi ini.Selagi mana Allah bagi peluang untuk kita meneruskan kehidupan selagi itu kita akan terus ada peluang untuk melakukan amal kebaikan,memberi nasihat dan teguran.Perkataan mudahnya adalah berda'wah.Kalau dulu Rasulullah berdakwah dengan segala ruang,kesempatan,kudrat dan masa yang ada.Bagaimana dengan kita,apa yang telah kita korbankan untuk terus berda'wah.


Andai dengan menasihati adalah jalan yang dirasakan perlu,teruslah berjuang..ibaratnya kita sedang menasihati diri kita sendiri,walau sebaris ayat memang takkan rugi.



sabda Rasulullah : 

"sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"

Kita sebagai orang yang menerima dan mendengar sebenarnya yang sangat rugi,jangan kita tidak endahkan dan abaikan segala nasihat yang diberi sebabnya itu adalah pemudah cara dan jalan untuk kita ke SANA.Selagi mana teguran itu berguna dan bermanfaat,terimalah dengan hati yang terbuka.Anggaplah teguran itu sebagai kalam kasih sayang dari saudara kita.Berapa lama kita nak hidup dalam kesalahan yang sama,sesetengah perkara kita perlu berkonsisten tapi tidak perlu dalam melakukan keburukan.

Mereka-mereka sangat sayangkan kita sebenarnya,sebab itu kita tidak dibiarkan terus hanyut.Melawan keseronakan yang sementara untuk kita kejar kenikmatan dan keindahan yang hakiki,Allah itu Maha Pengampun..menyingkap kisah zaman Rasulullah,seorang pembunuh yang telah membunuh sepanjang hidupnya tapi untuk hayat yang terakhir dia telah bertaubat dengan taubat yang sungguh-sungguh iaitu taubat nasuha.Jadi tiada sebab untuk kita rasa terlambat untuk bertaubat.


Sebagai pendakwah atau pemberi nasihat,berhikmahlah dalam berkata-kata.Kerana keperluan dan kehendak kita sangat berbeza dari apa yang kita bayangkan.Setengah golongan,nasihatnya perlu beralas dan berlapik,ibarat menarik rambut dalam tepung..rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak,teguran kena penuh hikmah tapi mantap dengan point yang jelas.Ada setengahnya lagi dengan cara yang sebaliknya.Elakkanlah menggunakan ayat sarkastik,ibaratkan diri kita yang ditegur sudah pasti kita tak nak ditegur dengan cara yang sedemikian.


Allah itu Maha Adil,kita diberikan ujian dengan pelbagai cara dan jalan cuma bagaimana cara kita nak mengatasi yang membezakan setiap dari kita.Jangan diikutkan kata nafsu sebab syaitan tak pernah tua nak menghasut,jangan diikutkan kata hati pasti kelak merana diri kerana hati yang bermasalah akan melahirkan akal yang tak mampu beraksi.Ikutkanlah ketetapan Ilahi,beristikharahlah dalam setiap pilihan dan kekeliruan..berdamailah dengan takdir yang telah ditetapkan.

 Bila nasihat dan teguran dipandang remeh dan tak berguna,
lalu jalan apakah lagi yang tinggal.Takkan perlu dipukul seperti kanak-kanak.
akal yang tersasar dari landasan,jika tidak diselamatkan boleh sesat tanpa arah.
~ketahuilah,kalian sangat-sangat disayangi kerana dirimu dan diriku begitu berharga~ 
lots of love,cikbulan


#perkongsian bukan kerana diri ini tersangat bagus tapi untuk berkongsi manisnya jalan menuju ke SANA.

No comments:

Post a Comment