Sunday, December 30, 2012

relung kasih






“Abang..”

Hujung lengan baju ditarik si kecil Addin.

“Adik rindu mak,dah lama mak tak balik..mak tak sayang adik lagi ke?Adik janji lepas ni adik takkan nakal-nakal lagi,adik akan jadi seorang anak yang baik.”

Wajah ku kalih ke dasar tasik,bimbang riak wajah yang berubah akan disapa Addin.Lama ku lepas pandang di situ,untuk dua saat melayan perasaan pertanyaan si kecil di jawab.

“Adik sayang mak tak?”

“Sayang!!!Adik sayang mak seluas tasik ni seluas langit”.

Jawab si kecil penuh keterujaan,penuh harap menanti kata seorang abang.

Badan Addin ku tarik,kemas dalam pelukan.Air mata yang ditahan terluah jua,sepantas kilat diseka bimbang si adik dapat menebak.Addin hanya diam membisu,mungkin selesa begitu.

“Kalau adik sayangkan mak,adik kena doakan mak banyak-banyak..doa supaya mak tenang kat sana,nanti kita dapat jumpa mak lagi.”

“Adik nak doa supaya mak balik,tak dapat mainan pun tak pe yang penting mak ada.”

Esakan Addin memenuhi ruang luas tasik yang tenang bagaikan mengerti perasaan kami tika itu.Pelukan makin erat untuk si adik,dia masih mentah untuk memahami erti kehilangan.Sembilan bulan dalam kandungan mak dan hanya untuk seketika dapat merasai belaian seorang ibu.Hilang kata untuk di mengertikan.

Air mata yang ditahan menyapa jua.Mak,bukan abang tak kuat untuk lalui semua ini tapi abang cuba untuk bertahan dan abang akan cuba untuk jadi lebih kuat dari yang sebelum ni.

“Abang,mak janji nak pergi kejap je.Dah lam adik tak jumpa mak,adik nak mak.”

Tangis makin rancak dalam suasana petang yang redup.Allah,kuatkanlah hambaMu ini.Nada syahdu kehilangan makin dirasai.Apatah lagi untuk si kecil yang baru berusia enam tahun itu.Air mata si kecil diseka.

“Kenapa ayah tak jemput mak balik,ayah tak sayangkan mak ke.”

Ya Allah dik,sungguh akalmu belum cukup matang untuk menghadapi mehnah ini.Aku juga kadang-kadang terasa amat perit untuk melalui.

Bahu Addin aku elus lembut,cuba menenangkan tangis yang bersisa.Tetamu senja yang hinggap di kerusi tempat kami duduk seolah turut sama merasai kesedihan.

“Adik kena sabar,suatu masa adik akan dapat jumpa mak.Yang penting adik kena kuat,abang dan ayah akan selalu bersama dengan adik.Allah terlalu sayangkan mak sebab tu Dia ambik mak dulu.”

“Mak mesti tak suka tengok adik sedih-sedih macam ni,mak lagi sakit kalau tahu adik nangis.Adik abang kan power rangers,jadi kena la kuat kan.”

Aku cuba bergelak ketawa,menahan rasa yang brtandang.Addin jugak ketawa dengan gurauan aku.

“Nanti adik nak mintak tolong doraemon la,bawak adik jumpa mak hari-hari.Nanti tak de la adik rindu mak.”

Sesaat aku terdiam,akhirnya pecah jugak tawa kami.

Apa-apa la dik,asal hibamu tak kunjung datang.Addin memang senang dipujuk,tak susah melayani keletahnya saban hari.

Sejak mak pergi menghadap pencipta,aku dan ayah yang mengambil alih tugas mak.Awal dulu Addin bertukar watak,dari seorang kanak-kanak yang periang berubah menjadi seorang yang murung dan agresif.Segala hal dan kelengkapan,hanya ingin dari tangan mak.Mulanya ayah melayan dan cuba berlembut tapi sabar ayah makin menipis,sementelah masih sedih dengan pemergian mak.Amarah sering dilepaskan,aku tahu ayah tak sengaja tapi Addin dia masih mentah dan tak mengerti.
Dek disebabkan kekangan jadual yang padat dengan pengajian,masa bersama dengan Addin sering terbatas.Dia pernah merungut,katanya ayah selalu marah-marah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Abang,tadi ayah marah adik sebab air tumpah atas karpet.”

Adik mengadu dengan titisan air mata dipipi,aku menyeka sambil mengusap kepala Addin.

“Adik sabar la,ayah sayangkan adik sebab tu dia marah adik.Ayah nak adik jadi seorang yang kuat.”

Esak Addin makin kuat kedengaran bersama mutiara jernih yang hebat mengalir.

“Adik abang kan kuat,orang yang kuat mana boleh nangis-nangis macam ni nanti tak hensem macam abang.”

“Abang hensem ke,kejap adik tengok.”Addin membuat gaya bersama air mata yang masih bersisa.

Tangis Addin takkan panjang kalau pandai memujuk,ketawa kami pecah disitu.
“Kan hensem kalau adik selalu gelak macam ni.”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Abang,adik nak aiskrim boleh.”

Lamunanku mati disitu bersama kenangan Addin.Tangisan Addin jugak sudah tak kelihatan.

“Ok..tapi abang tak nak tengok adik nangis-nangis lagi.”

Jari kelingking diangkat membentuk tanda janji.

“Ok..adik janji,lepas ni adik tak nak nangis dah sebab adik nak jadi hensem macam abang.”

Addin sengih membodek,menampakkan gigi yang tersusun.

“Adik sayang abang sampai bila-bila.”

Dia memelukku erat sebelum langkah dibuka meninggalkan hening senja tepian tasik.

“Abang pun sayang adik jugak..yang penting kerana Allah.”Aku senyum segaris untuk Addin.

Biarpun kau tak mengerti dik,suatu hari nanti kedewasaan akan mengajarmu untuk jadi lebih matang.Untuk menjadi seorang manusia yang sangat kuat,untuk jadi lebih tabah menadah mehnah duniawi yang tak dipertonton pada pandangan zahir kornea matamu.Senja berlalu dan malam bertamu,esok dan untuk hari yang seterusnya rentetan kisah dan rentak susunan cerita juga akan berubah tanpa kita mengetahui sedikit pun perjalanan langkah yang bakal disusuri.




cikbulan
30 dis 2012
17 safar 1434


No comments:

Post a Comment