Bismillah...
Alhamdulillah..masih lagi dikurniakan nikmat olehNya untuk still bernafas atas muka bumi Allah ni.Permulaan Jumaat yang sangat indah moga pengakhirannya jugak seindah permulaanya..insyaAllah.Cikbulan tak ada benda pun nak story kat sini,cuma ada la beberapa part nak kongsi.Semua orang mesti mempunya emosi kan termasuklah saya.Setelah dilihat dan diperhatikan memang semua tak lepas daripada beremosi tak kisah la samada positif atau negatif..bahagia,sedih,kecewa,sensitif,marah semua tu adalah sangat common bagi kita..payah sebenarnya nak kawal lagi-lagi emosi yang paling saya tak suka apabila terpaksa meluahkan kemarahan..(la taghdob)..sangat tak baik untuk kesihatan jantung dan manusia sejagat.
Dari Abu Hurairah
r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : "
Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! "
Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap
Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "
Pengalaman boleh menjadi salah satu jalan untuk kita jadi lebih baik,tak kisah samada pengalaman pahit atau manis..melihat kepada perkara yang lepas then mentafsir setiap sesuatu itu untuk dinilai..menilai sesuatu bukan untuk dihukum walaupun ada sesetengahnya memang perlu kepada hukuman tapi rasanya jalan yang terbaik adalah kita jangan terlalu cepat meghukum tapi jadilah seorang penilai yang baik.Ok..berbalik kepada emosi tadi,kata seorang sahabat emosi berkait dengan hormon manusia yang sentiasa berubah-ubah..dengan itu terzahirlah emosi yang pelbagai.
Kemarahan yang selalu beraja dijiwa boleh menyebabkan makhluk Allah yang bernama syaitan menakluki hati,jadi sebelum ianya menakluki hati kita..alunilah lidah dengan kalam-kalamNya,berzikir ataupun paling tidak berwudhu'.Apabila marah biar berpada,apabila suka pun biar berpada..ambillah hanya pertengahan sahaja.So..konsistenkan emosi anda supaya ianya tidak berlebihan.Telan apa saja kemarahan orang pada kita sebab kita tak boleh menjadi dia dan dia tak boleh menjadi kita.Kita tak kan tahu keperluan emosi seseorang..jadi lawan saja emosi dengan senyuman..tak semua orang boleh jadi seperti yang kita inginkan tapi kita akan jadi sangat hebat bila kita sendiri mencuba menjadi seperti yang orang lain inginkan.
Jadikan pengalaman lalu sebagai guru untuk mengawal emosi yang berlebihan,walaupun hakikatnya tak mudah untuk ianya dikawal tapi at least kita harus mencuba untuk mencipta pengalaman yang lagi indah dan terbaik dibawah kawalan emosi..apabila marah cepat-cepat beristighfar..insyaAllah khair abadal abadinnn..!!
keep smile........~.^ |
*post pendek dan pesanan ikhlas daripada cikbulan
~ Perkongsian bukan bermakna diri ini tersangat bagus tetapi untuk kita
sama-sama berkongsi rasa manisnya perjalanan untuk ke SANA~
jangan marah-marah ok...nanti cepat tua..^^
No comments:
Post a Comment