Thursday, January 19, 2012

sebuah rasa seribu cerita





Setiap apa yang berlaku
Setiap detik yang berlalu
Masih tersimpan dikalbu
Bukanku tak mahu
Ataupun rasa tak perlu
Cuma biarlah waktu jadi penentu
Di persimpangan jalan yang berliku
Penuh kaku dan buntu
Hanya pada yang SATU tempat mengadu
Kamu rasa itu yang kau mahu
Tapi bagiNya itu tidak perlu
Jika jawapan yang kau tunggu
Hanya diam seribu pilihanku
Dulu,yang rasanya mahu
Pergi bersama kesakitan itu
Bila hati sudah mampu memberi
Khabar duka menyapa tangkai hati
Tiada lagi harga sebuah kepercayaan
Hilang seri sebuah pengharapan
Pergi bersama sebuah rasa yang mati
Kanku semai rasa itu
Bila sudah tiba waktu
Kanku jaga cinta itu
Hanya pada yang perlu
Biar kesakitan itu
Pergi bersama angin yang menderu
Yakinlah dengan janji yang SATU
Asal kau letakkan DIA dalam hatimu.



"Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"..2:139






No comments:

Post a Comment