takdir hadir tanpa dipinta
takdir juga memungkinkan segalanya
antara sedar atau tidak ...
kita selalu mempersoalkan sebuah takdir
bila hatimu berkata tidak
pupuklah ia,didiklah ia
menerima sebuah takdir..
kerana pasti tersirat sesuatu disebalik ketentuanNya.
usah berserah tapi berusahalah
jika tiada lagi pengharapan bertawakallah
pasti ada sesuatu yang sedang menantimu
jangan disoal mengapa kamu diuji..
tapi bersyukurlah ujian masih menyapamu lagi
percayalah janji-janji Allah itu pasti
cuma waktu yang tidak memungkinkan lagi
senyumlah hadapi sebuah takdir
kerana telah tertulis hidupmu begitu...
"boleh jadi kamu tak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu tak menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu"...al-baqarah:216
No comments:
Post a Comment